Posts

Rujukan Homestay atau tempat menarik di Kundasang Ranau Sabah

Rujukan cuti² Kundasang Ranau Sabah - UPDATED  Semoga bermanafaat . . . . 1. Hidden Hill Kundasang 0128732789 2. Once upon a time in Kundasang 0168327784 3. Umea Glam Kundasang 088886005 4. Mountain Valley Resort, Kundasang 0177776750 088888777 5. Culvert View 0168324872 0198118844 6. Kinabalu Pine Resorts Sdn Bhd 274904-W 088889388 7. Perkasa Hotel Mt Kinabalu 0128969840 088889511 8. D'Bayu Garden Residence 0138154500 0146720324 9. Spring Garden, Mesilau 0128091564 10. Hounon Ridge, Bundu Tuhan, Ranau 0138506463 11. Midori Homestay, Kundasang Sabah 0165820181 12. Sakura Villa, Mesilou Kundasang 0162838536 13. Mesilau Mountain Retreats 01116008112 14. D Anna Villa Kundasang 0138649594 15. Lokky Moutain High Mesilou 0143591783 16. Gathering Village - Kundasang 0138153268 17. Alpine D'Bayu Residence 0146720324 18. D'sayang Mesilau Kundasang 01139885313 19. Bayu Senja Lodge Kundasang 0128018220 088888003 20. Mesilau Cliffs, Kundasang 0139409014 21. Sulap 0109449286 22. Konunuk

Terima Kasih Warga Tuaran

Image
Terima kasih warga kita yang sudi dan rajin share posting aku sebelum ini ya. Aku percaya yang aku mungkin adalah seorang introvert atau mungkin istilahnya pemalu bila berada di situasi publik. Tapi kebelakangan ini aku semakin berani sebab sedar sifat ini kadang-kadang membosankan dan tak membawa faedah besar untuk diri aku. So apa aku buat, grab a camera, point and shoot & sharing. Pembelian kamera yang agak berbaloi dan sekurang-kurangnya membawa faedah kepada masyarakat dan ekonomi peniaga kecil. Biarlah aku dikecam dikatakan suka menunjuk di media sosial. Tapi sebenarnya 1 jari telunjuk menunjuk kelemahan orang sedangkan 3 jari lainnya menunjuk kelemahan dirinya sendiri.  By the way, gambar di bawah ini postingan pada minggu ini. Perkongsian biasa-biasa saja hanya untuk rakaman sendiri tapi beri sambutan baik. Alhamdulillah aku doakan bisnes korang semua baik-baik belaka. ####### Ada satu lagi video tapi di youtube aku berkenaan tomyam paling sedap. View dia dalam beberapa har

First time aku tangkap gambar sunset tepi pantai yang cantik. Matahari nampak jelas!

Image
Hello hello hello! Hati banyak senang hari ini apabila aku sempat mengambil gambar 'sunset' di pantai Shabandar, Tuaran yang begitu cantik. Serius, aku tidak pernah dapat gambar moment sebegini di mana-mana pantai termasuklah Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Entah, aku rasa gambar yang ini cantik sebab tanpa menggunakan apa-apa filter, matahari kelihatan jelas semasa terbenam. Waktu ini berlaku sangat pantas. Rasanya tak sampai 3 minit, matahari terbenam langsung tidak kelihatan. Hehe.. tadi ada satu pasangan ni ingin membuat wedding photoshoot. Aku rasa dia ada sedikit rugi apabila dia balik awal. Sempatlah aku tengok pasangan ni bagi 'angpow' kepada photographer selepas sesi photoshoot. Cuma, dia tak ambil moment sunset macam ini. Aku bayangkan lelaki memegang pinggang dan mengangkat pasangannya di sebalik mentari sunset. Mesti nampak wow tu. Anyway, next time mahu ke sana lagi dengan foto-foto menarik. Jom layan sikit video pendek https://youtu.be/VUk3S

Pemandangan senja di Kg. Serusup, Tuaran

Image
Sungguh mendamaikan. Pemandangan senja ini diambil pada 5 Mac 2021 petang menggunakan drone jenama Dji Mavic Air. Rakaman ini kelihatan lebih 'hidup' apabila sebuah bot penumpang sedang bergerak dan melintasi bawah kamera drone. Walaupun pemandangan senja waktu ini tidak begitu sempurna atas faktor awan menutupi matahari dan sebagainya, namun matahari terus melengkapi suasana senja di kampung ini. Tonton video berdurasi kurang 2 minit di sini: https://youtu.be/IneeT-yLB5Y Achmad Noorafzam 5/3/2021

Kami repeat bermalam di Friendly Homestay, Tuaran

Image
Selesai kami menghantar barang-barang kiriman customer, tiba-tiba wife dapat mesej daripada customer. "Hari ini tiada collect barang". Ini bermaksud, pada hari ini kami cuti untuk collect barang customer. Kebiasaannya rutin kami, sebelah pagi sehingga tengah hari adalah kerja-kerja menghantar barang kiriman customer sekitar Tuaran, Penampang dan Kota Kinabalu. Kebetulan kami membawa beg pakaian yang telah dikeringkan di dobi Sembulan, Kota Kinabalu. Ini menguatkan semangat untuk bermalam di Friendly Homestay. Kenapa kami pilih Friendly Homestay? Selain harganya yang murah, kami selesa dengan suasananya. Kali ini, kami tidak lagi membuat tempahan melalui Agoda. Kami terus direct booking di kaunter homestay tersebut. Yay! Kami telah berjaya membuat tempahan dengan rate RM95 satu malam sahaja. Ini adalah kali ke-2 kami bermalam di sini. Bilik yang kami dapat adalah bernombor 112. Sewaktu check-in, terus aku rasa wow! Sebab kami dapat bilik betul-betul pemandangan laut (sea-view)

Cuti satu malam di Friendly Homestay, Gayang Tuaran

Image
Hai! Apa khabar para pembaca semua? Aku harap kamurang sihat-sihat selalu. Hari ini aku ingin throwback satu hari percutian 1hari 1malam kami sekeluarga di Friendly Homestay, Gayang Tuaran pada 6/2/2021. Lokasinya seperti berikut: Friendly Homestay 088-397 301 https://maps.app.goo.gl/SwQ9diSNrQt9NW7b9 Setelah beberapa kali kami bercuti hujung minggu di hotel-hotel sekitar Kota Kinabalu, kali ini kami telah mengambil keputusan untuk bercuti di Friendly Homestay sahaja. Okay, pertimbangan mahu bercuti di kawasan Tuaran sahaja disebabkan waktu itu aku berasa sangat malas untuk lalu roadblock di depan politeknik, selain mahu meluangkan banyak masa berehat daripada masa di jalan raya. Maklumlah, kami bekerja bermula selepas jam12 petang sehingga tengah malam untuk kerja-kerja collect barang, bungkus dan esoknya hantar barang-barang tersebut ke kaunter kurier. Okay done booking! First impression aku pada booking waktu itu adalah ya! Memang friendly dia punya bos. Not sure itu bos atau bukan.

"Bapa, gambar bah Alzam"

Image
Aku ambil kesempatan untuk mengajar kepada anak ku.  Bukan semua benda kita mahu, kita mesti beli. "Pa, tiada selipar dia tu kan". "Lain kali kalau Alzam ada selipar yang tidak pakai, sedekah saja sama orang yang perlu. Jangan minta beli beli beli. Kita bukan orang kaya". "Iya... Kesian dia kan". Dia pun bisik dengan aku. "Pa.. gambar ba alzam". Dia pun berdiri sebelah budak tu, lalu aku cepat-cepat tangkap gambar mereka berdua. Sebelum aku hulur sedikit wang, aku minta mereka untuk menyanyi. Tapi mereka malu-malu untuk menyanyi. . Lain orang, lain persepsi. Itu semua terpulang pada diri kita sendiri. Kehadiran mereka tidak bisa buat aku elak dan lari daripada mereka. Paling teruk jika aku memberi contoh dengan layani mereka seperti tiada nilai, lalu anak aku mencontohi benda buruk yang aku lakukan. Aku tidak ingin begitu. Layani kami sebaiknya ya anak. Begitu dong..