Posts

Kami repeat bermalam di Friendly Homestay, Tuaran

Image
Selesai kami menghantar barang-barang kiriman customer, tiba-tiba wife dapat mesej daripada customer. "Hari ini tiada collect barang". Ini bermaksud, pada hari ini kami cuti untuk collect barang customer. Kebiasaannya rutin kami, sebelah pagi sehingga tengah hari adalah kerja-kerja menghantar barang kiriman customer sekitar Tuaran, Penampang dan Kota Kinabalu. Kebetulan kami membawa beg pakaian yang telah dikeringkan di dobi Sembulan, Kota Kinabalu. Ini menguatkan semangat untuk bermalam di Friendly Homestay. Kenapa kami pilih Friendly Homestay? Selain harganya yang murah, kami selesa dengan suasananya. Kali ini, kami tidak lagi membuat tempahan melalui Agoda. Kami terus direct booking di kaunter homestay tersebut. Yay! Kami telah berjaya membuat tempahan dengan rate RM95 satu malam sahaja. Ini adalah kali ke-2 kami bermalam di sini. Bilik yang kami dapat adalah bernombor 112. Sewaktu check-in, terus aku rasa wow! Sebab kami dapat bilik betul-betul pemandangan laut (sea-view)

AHLI MAJLIS PERUNDING PENJAJA DAN PENIAGA KECIL NEGERI SABAH (M3PNS) OKTOBER 2018 HINGGA SEPTEMBER 2020

Image
2 tahun sudah berlalu. Bukan mudah untuk bergerak sebagai usahawan dan pada masa yang sama turut terlibat dalam aktiviti bersama Kerajaan. AWAS! PENAFIAN - SAYA BUKAN AHLI POLITIK DAN BUKAN ORANG POLITIK. PERKONGSIAN SEKADAR AKTIVITI PENGLIBATAN. Ini adalah pengalaman saya, Oktober 2018, saya dilantik menjadi Ahli Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah (M3PNS). Salah satu tanggungjawab saya pada ketika itu adalah sebagai medium dan ruang menyampaikan hasrat usahawan ke meja menteri. Bersama-sama dengan Ahli-Ahli Majlis yang lain. Pada ketika itu, majlis ini dipengerusikan oleh DSP WILFRED MADIUS TANGAU. Sebelum ini, pernah dipengerusikan oleh DSP HAJI HAJIJI NOOR. Pengalaman bersama-sama Ahli-Ahli Majlis yang lain adalah sangat berharga. Kami banyak berkongsi pendapat dan mendengar masalah di kawasan masing-masing. Di sinilah kita dapat mendengar apa permasalahan kritikal yang sedang dihadapi oleh usahawan. Permasalahan ini telah dim