Posts

Hari ini umur perkahwinan kami 6 tahun 8 bulan 30 hari

Image
Semalam masuk 6 Tahun 8 Bulan 29 Hari sejak kami sah mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah, ujian seminggu sebelum nikah, sehari selepas nikah, 3 bulan pertama, 6 bulan, setahun, 3 tahun, 5 tahun berumahtangga sudah ditempuhi dengan pahit manis dan bersabar. Sepanjang berumahtangga hampir 7 tahun ini, hanya 2 kali kami bergaduh. Sebelum menimang cahaya mata dan selepas menimang cahaya mata. Pergaduhan yang agak minima. Tiada suara tinggi. Tiada cakar mencakar apatah lagi cubit atau pukul. Kami hanya berdiam dan mengasing diri. Ego kami berdua cukup tinggi. Tapi, mungkin oleh kerana masing-masing menghormati fungsi isteri dan suami, salah satu akan memujuk. Tengoklah siapa yang sejuk dulu. Tak mahu lama sangat bergaduh. Cukuplah paling lama 24jam. Korea-korea sikit. Sejuklah tu. Teringat ketika bergaduh kali ke-2 lalu dan berbaik semula, beberapa hari selepas itu barulah kami cerita balik kejadian pergaduhan lalu. Waktu tu dua-dua sudah sejuk hati, tepi pantai bawa anak mema

Ingin bebas masalah kewangan? Ikut cara ini.

Kita ada 2 jenis kategori manusia. Maaf bukan kategori ambil vaksin dan tidak ambil Vaksin. Okay.. 2 kategori ni adalah: 1. Belanja dulu baru simpan. 2. Simpan dulu baru belanja. Yang paling bagus kita perlu amalkan simpan dulu baru belanja. . Kalau kita amalkan ini, kita ada ruang untuk berjaya. . Tak amalkan ini, dengan apa pun alasan, kita akan sentiasa terperangkap dengan mainan liabiliti. Salam Jumaat Hari last hantar barang. Besok dan lusa aku fikir nak cukupkan rehat. 10.09.2021 Achmad Noorafzam Tuaran ♥️♥️♥️♥️♥️

Hidup kita sedang diracuni impian. Elakkan!

Hidup sekarang ni putarannya pelik. 1. Setiap manusia berlumba cari rezeki (wang) pelbagai cara. Impian menjadi kaya dan bebas hutang. 2. Bohonglah kalau tiada impian begitu. Tak capai tak apa, asalkan dapat apa yang ada sudah cukup. Bila iman kuat, bersyukur. Bila iman lemah, sentiasa rasa kepayahan secara tidak sedar. 3. Kita tidak perfect. Kita akui itu. 4. Tapi kita sudah masuk dalam dunia kepelikan. Branding, marketing semua nya memang kerana mencari duit. Jangan tipu diri sendiri. Ianya benar. Asasnya nak mendapatkan duit. 5. Maka wujudlah tektikal-tektikal marketing untuk tujuan itu. Tak kira lah dalam bentuk apa marketing itu. Ada yang ambil pendekatan perkongsian ketuhanan, ada ambil pendekatan sosial enterprise. 6. Hati-hati di mana kita sebenarnya. Ya, kita cakap kita lurus. Tapi hati ini asyik berbolak balik. Pandai menyuntik keinginan mencapai hasrat utama iaitu duit. 7. Sekali lagi, kita berhati-hati. 8. Akhir sekali, nak lawan perasaan tu hanyalah satu jalan sahaja. 9. J

Ciri-ciri Check-out MySejahtera kemaskini yang bijak

Ciri-ciri 'Check-out MySejahtera sudah menjadi bahan kritik. Aku sebagai orang yang memahami sedikit sebanyak tentang logik programming dan keperluan asas pada sesuatu sistem membawa aku berfikir sejak tentang fungsi check-in dan pengesanan orang bergejala dari awal lagi. Dulu aku berfikir, jika aku check-in pada jam10 pagi dan keluar dari premis pada jam11 pagi (tanpa fungsi check-out), dan bila mana tiba-tiba ada orang yang bergejala check-in di tempat yang sama pada hari yang sama maka kemungkinan besar sistem akan kesan yang kami sedang berada di premis dalam tempoh waktu yang sama. Sebaliknya jika ada fungsi check-out ini, orang bergejala itu check-in ke premis selepas aku check-out, maka sepatutnya aku tidak dikategorikan sebagai kategori kontak rapat dalam premis. Dan... Apabila pelanggan lain masuk ke premis dalam tempoh orang bergejala itu sedang berada di dalam premis yang sama maka mereka juga boleh dikesan sebagai 'Casual Contact No Symptoms' dan sebagainya. Beg

[VLOG EP7] Mencari Lamb Shank di Secret Recipe Tuaran, malangnya tiada stok.

Image
Banyak-banyak tempat makan di Tuaran ni, aku terlupa ada Secret Recipe di CKS PLAZA, Tuaran. So kali ini aku dan darma telah mencuba makanan 'mahal' di sana. Harapan awal, aku mahu Lamb Shank. Malangnya habis stok. So terpaksa pilih menu lain pula. Lamb Shank next time! Okay guys, selamat menonton. Jangan lupa subscribe kalau yang belum ya. 😁 VLOG EPISOD 7 25.08.2021 TUARAN Video di bawah ini.

Mencari kebenaran vaksin dan dajjal

Ada juga dalam kenalan aku masih dan asyik mempertikai vaksin, tak habis-habis mengaitkan tentang dajjal. Seperti yang aku katakan sebelum ini, ini adalah pilihan masing-masing. Aku yang pilih untuk terima vaksin ini, aku bertanggungjawab 100% atas pilihan aku dan alhamdulillah akidah ini masih utuh. Begitu juga anda wahai sahabatku. Pilihanmu untuk tolak itu adalah tanggungjawab mu sendiri. Aku akui itu hak masing-masing. Sahabat, Aku amat menantikan kemunculan Imam Mahdi a.s (IM) untuk bantu selesaikan masalah kita. Menyatukan dan memimpin seperti yang kita tahu peranan IM ketika kemunculannya. Bantu pimpin kita buat do's and dont's. Kita akan lalui 1 masa yang dipimpin oleh IM a.s untuk disatukan. Hakikatnya, telah ramai umat telah ambil vaksin. Adakah umat ini dilabel sampah di mata IM nanti? Tidak mungkin baginda IM a.s akan ketepikan, menolak dan mengasingkan hati-hati yang masih kekal akidahnya kepada yang Esa? Adakah tugasnya untuk mengasingkan? Tetapi kenapa pula sahab

Aku tegur anak sekarang tanpa nanti

Image
Kelmarin, tengah aku sedang bersiap-siap memakai baju untuk pergi ke pekan kelihatan anak pertamau Alzam kegembiraan. Entah gembira kerana apa. Lompat sana sini. Kegirangan dan agak bising. Si adik pula, Alham berada di tilam. Berbungkus dengan selimut. Dia mungkin sedang bermain 'tapuk-tapuk'. Tiba-tiba kegirangan membawa duka. Si abang ini hilang kawalan. Dia melompat ke tempat adiknya yang sedang berbaring di tilam. Aku pun mengagak sesuatu. Mesti si abang ini 'landing' tak kena tempat. Betul lah, si abang salah 'landing'. Mungkin lututnya 'landing' tepat pada muka adiknya. Apa lagi, adiknya teriak dan menangis sepuas hati. Darma pula cepat-cepat buka kain selimut dan perhatikan si Alham. Kami yakin mesti kena pada hidungnya. Tepat! Hidung si Alham berdarah. Darma cepat-cepat menguruskan darah yang sedang keluar dari hidung si Alham. Sehelai demi seheli tisu basah digunakan. Banyak. Merah pekat. Aku pun hampiri Alzam. Alzam tercengang takut akan dimar