Posts

AMBIL VAKSIN & TOLAK VAKSIN

Puas juga berborak, berdebat pun ada dengan kawan yang tak mahu bervaksin sempena covid ni. Tapi aku bukanlah orang yang sesuai untuk menerangkan kelebihan dan kekurangan vaksin. Untuk aku macam ni, aku realistik. 1. Aku pun rindu jemaah di masjid juga. aku perlu vaksin penuh. So, bila vaksin penuh, aku dah boleh ke masjid tanpa halangan. Dah ramai persoalkan ini kan. Tapi sebelum berlaku zaman covid ni, mana-mana masjid paling ramai pun masa jumaat dan hari raya. Waktu lain 1 saf pun tak penuh. Bila tak penuh, kita diam bukan ajak ramai-ramai ke masjid. Sebab fikir dunia sangat. Bila tabligh datang rumah kita buat-buat jadi invisible. Perempuan lagi lah tak ada. Kalau ada pun di masjid-masjid utama. Di kampung aku, hanya 1 ustazah yang kerap hadir masjid setiap waktu. Tapi arwah sudah pergi. Alfatihah untuk arwah. Soal nak rapatkan saf, tanya diri sebelum ni korang solat rapat-rapat seperti dianjurkan kah? Nak dapat bahu bertemu bahu pun susah. 2. Apa yang masuk dalam badan aku, itu t

UBAH GAYA HIDUP MEMBUAH HASIL UNTUK TURUN BERAT BADAN

Image
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberi kesihatan yang baik sehingga hari ini. 18.08.2021 yang lalu aku telah memuat naik gambar sedang menjamah kuih dari Secret Recipe Tuaran. Tidak disangka ada yang perasan perubahan saiz badan aku. Ya benar, berat badan aku sudah lama susut kerana aku benar-benar jaga pemakanan. Aku telah berjaya ubah gaya hidup daripada kaki makan kepada seorang yang jarang berasa kenyang. Teringat hampir setahun lalu, gaya hidup aku tak sah kalau tak makan. Aku sentiasa mencari makanan untuk ditelan sehingga berasa kenyang. Waktu itu aku tidak pernah lapar. Sentiasa berasa kenyang seperti firaun. Jadi, komen kawan-kawan di Facebook membuatkan aku lebih bersungguh-sungguh untuk kekalkan semangat untuk lebih sihat. Ketika ini, aku bercadang untuk kekal dengan berat di bawah 77 hingga 78kg, dan akan fokus kepada beraktiviti berat. Sebelum ini, bermula berat 92.5kg aku hanya mengubah gaya hidup pemakanan sahaja tanpa berakt

IJAZAH BUKAN KUNCI KEJAYAAN TAPI PENGALAMAN

Aku sebenarnya sejak tahun 2007, aku sudah nekad untuk tidak sambung belajar lagi. Aku fikir mahu kerja sendiri. Tahun 2008 ditakdirkan masuk UMS. Seingat aku, pilihan UPU dari pilihan 1 hingga 8 aku letak UMS pelbagai jurusan (hentam-hentam saja asalkan dapat Universiti terdekat). Dah masuk U, aku banyak fokus buat kerja luar, buat duit. Belajar? Tak seberapa. Sebab belajar IT bagi aku boleh self-learning melalui Google. Lebih real-world berbanding belajar ikut fundamental buku. Selepas dah dapat ijazah, baru banyak masa buat self-learning dunia coding/programming. Tapi tak berhasrat untuk bekerja di mana-mana company. Tak minat. Masa tu lebih minat buat laluan kerjaya sendiri. Belajar sendiri. Tingkatkan skil kendiri. Pernah juga berpeluang bekerja sebagai kakitangan kerajaan Gred 41 (cukup bagus bukan?). Kemudian aku resign. Aku buat halatuju sendiri juga. Walaupun aku sayang pekerjaan lama aku, aku rindu untuk bangunkan institusi tu. Masa itu umur aku masih di bawah 30 tahun. Bila

APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG MADU?

Image
Artikel ini adalah artikel daripada Dr Suri Roowi yang sangat bermanfaat untuk kita. Silakan baca dan layari facebook beliau  . . Saya terpanggil untuk berkongsi makumat tentang artikel berkenaan madu yang menjadi tular dalam media sosial baru-baru ini yang mungkin agak mengelirukan Soalan 1. Adakah madu sesuai diambil bersama garam? Jawapan Penggunaan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu. Fungsi enzim dalam madu adalah untuk membantu memecahkan bahan-bahan berkhasiat dan membantu memecahkan bahan seperti karbohidrat dan protein. Pengambilan madu beserta garam akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu dan secara tidak langsung ianya akan mengurangkan khasiat madu tersebut. Soalan 2. Bagaimanakah bahan berkhasiat dalam madu diserap dalam badan? Jawapan Kenyataan yang menyatakan bahawa makanan yang berada dalam perut melebihi 20 jam akan menyebabkan keracunan adalah kurang tepat. Kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa kebanyakan bahan berkhasiat (p

Takut pada kolestrol tapi kenapa tak takut pada keradangan?

Image
Hari ini, salah satu benda baru yang aku belajar adalah bagaimana mengawal penyakit dalam badan. Umumnya pelbagai penyakit terutama jantung. Kita terlalu takut pada kolestrol sedangkan kolestrol adalah berguna untuk hormon dan melengkapi vitamin D. Namun, jika ada masalah pada saluran darah pada jantung, ia akan masuk untuk 'memulihkan' namun ianya teroksida dan triggered sebagai benda asing. Apabila sistem dalam badan detect ia sebagai benda asing, sel darah putih pun masuk untuk nyahkan bendasing tersebut. Akibatnya banyak sel darah putih bekerja dan memakan kolesterol teroksida tersebut menyebabkan ia terkumpul pada saluran darah. Maka saluran itu menjadi sempit. Maka, doktor pun bagi ubat kolestrol. Tapi sakit jantung masih ada. Tak pandai baik-baik. Jadi, bergantunglah mereka dengan ubat kolestrol sampai bila-bila. Walhal, penyebab utama adalah saluran darah tadi 'bocor'. Ia disebut keradangan. Masalah utama kita tidak fokus membaiki PUNCA keradangan te

AMALAN PEMAKANAN SIHAT

Image
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, sehingga hari ini aku dapat bernafas dan menikmati kesihatan yang ada. Hari ini adalah Hari Raya Ke-3 bersamaan dengan 15.05.2021 (Sabtu). Pada hari ini juga aku telah mengamalkan Intermittent Fasting  dan InshAllah akan cuba mengikuti gaya pemakanan Rasulullah SAW. Berikut adalah amalan pemakanan yang aku gunakan untuk mengekalkan kesihatan harian. Kesihatan yang aku pentingkan adalah kesihatan organ dalaman agar lebih panjang umur dan tidak menghidapi sebarang penyakit ketika tua nanti: PAGI JAM7 (atau sebaiknya selepas solat subuh) - 1 gelas air campur 1 sudu madu, 1 sudu cuka apple. Aku gunakan ACV brand Bragg dan ianya Kosher  iaitu halal dimakan. TENGAH HARI (ketika lapar sahaja) - 1 senduk nasi parboiled (lebih bagus elakkan nasi kalau boleh). - lebih Sayur-sayuran (timun, brokoli, cauliflower, kubis) - Jangan ada daging (jika makan, jamah hanya sedikit) - Ikan jenis ikan putih, ikan merah masak yang berkunyit dan berm

Syarikat Faiza Sdn Bhd menjawab soalan tentang keaslian beras basmati mereka

Image
Beberapa hari lalu aku telah menghubungi Syarikat Faiza Sdn Bhd untuk mendapatkan kepastian berkenaan beras jenis basmati. Soalan aku, Assalamualaikum wbt, saya ingin bertanya, adakah beras basmati keluaran syarikat faiza adalah beras basmati asli atau refined basmati? Aku tambah lagi, Baik. Untuk makluman sahaja ya, pertanyaan tersebut penting kepada pesakit pre-diabetes yang bercadang untuk mencari makanan alternatif untuk kesihatan. Kerana berdasarkan dapatan dari beberapa artikel menyatakan basmati adalah baik berbanding beras yang lain untuk kesihatan. T.kasih. *Untuk makluman, aku bukanlah seorang pesakit pre-diabetes. Tetapi hanya sekadar ingin mengetahui jenis beras yang boleh dijadikan alternatif untuk aku lebih berhati-hati dalam mengkonsumsi makanan. Lalu ini jawapan ringkat daripada mereka, Beras basmathi kami adalah beras yang diimport dari Pakistan melalui PadiBeras Nasional Berhad (BERNAS).  Beras yang dibeli dari pembekal kami ialah beras putih yang telah me