Keputusan darah sudah ada, aku semakin khuatir dan lebih berjaga-jaga

Hari ini aku dipanggil untuk mengambil keputusan darah yang telah siap di Permai Policlinics Jalan Gaya, Kota Kinabalu. Minggu lalu aku telah menjalankan ujian darah dan air kencing. Selesai, aku bayar hanya RM100.00 sahaja. Ting tong.. Dua Kosong Tiga Empat Bilik Dua. Aku buka pintu rasa berdebar. Aku disuruh duduk oleh Doktor Ravibalan A/L Somasundram. Beliau meneliti keputusan tersebut. Aku bayar fee RM80 untuk terima consultation. Hasil dari keputusan itu, beliau menasihatiku agar aku lebih 'menjaga mulut' untuk memilih makanan harian kerana keputusan aku seperti berikut: Haemoglobin Test 1. MCH 27 (normal 28-34) 2. Lymphocytes 46.8 (%) (normal 20.0-45.0) Renal Function Test 1. Acid Uric telah mencapai 0.54 (normal 0.21-0.43) Liver Function Test 1. Aspartate Transaminase 54 (normal <34) 2. Alanine Transaminase 80 (normal 12-78) 3. Gamma-Glutamyl Transferase 81 (normal 12-73) Lipid Profile 1. Total Cholesterol 6.4 (normal <5.2) High Risk 2. Non-HDL-Choleste