Posts

Ada orang cakap jangan asyik cakap bagi emas kepada isteri boleh buat isteri senyum. Stop it katanya. Apa kata aku?

Image
Ayat di atas dinukilkan oleh encik Akhtar Syamir di ruangan Facebook juga dikenali sebagai BroOhsem. Ini pendapat aku pula. Hidup berumahtangga adalah sebuah proses dalam kehidupan. Material atau layanan seperti pemberian emas, menyediakan hidangan sedap, dikurniakan anak yang comel, semua ini adalah perencah dalam kehidupan manusia. Jika kita mahu bagi tambah sedap, bagi lah perencah yang sedap-sedap. Jadi, penulis di atas tidak perlu untuk bezakan emas dengan benda lain. Semua itu akan membuatkan kita gembira, senyum dan ketawa bersama suami isteri bukan? Bezanya hanya perencah tu mahal atau murah. Benar emas itu mahal tetapi mahal pun emas itu, tetap membawa senyuman yang lebih lama. Come on. Emas kan... ia sesuatu yang bernilai. Cuba bagi bunga ros kepada isteri tersayang.. rasanya senyuman yang terukir di wajah si isteri hanya sekejap sahaja. Tidak lama. Bagaimana pula hadiahkan bunga ros di saat 'salah timing'? Mesti si isteri berasa hairan. Sebagai lelaki kan

Aku ingin lepaskan DJI OSMO POCKET aku yang disayangi. Ada yang berminat?

Image
Dji Osmo Pocket berkondisi amat baik untuk dilepaskan. Harga ini termasuk 1. filters, 2. connectors untuk iphone dan android 3. Mount 4. Covers 5. Phone + osmo pocket holder 6. Memorycard boleh pm atau wasap saya di wa.me/60189731759

Tahniah Achmad! Sudah lulus Google Adsense. 2 Perkara yang aku beruntung setakat ini

Image
Pengalaman aku blogging ni, dua perkara yang aku rasa 'beruntung' iaitu: 1. Berjaya berebut domain name nama sendiri iaitu Achmad.net , bukan senang sebab aku terpaksa bersengkang mata untuk pastikan owner lama domain name ini terlewat renew. Dan aku berjaya take over setelah 10tahun penantian. 2. Sudah dapat domain name, aku terdelete Google Account menyebabkan aku tidak dapat retrieve balik akaun lama dan segala backup. Terdelete gara-gara kononnya mahu buat clearance mana yang menyebabkan storage penuh. Tapi silap ketika itu terdelete semua. Akhirnya, aku dapat catch-up balik untuk apply semula Google Adsense. Dan syukur ianya berjaya. Yay! Dah boleh monetize balik ♥️ Start earning guys! Achmad Noorafzam 19/3/2021

10 Perkara yang aku belajar dalam kehidupan selepas berumur 30an

Image
Bila sudah capai umur 30an ni, aku belajar sesuatu. 1. Tidak buat kerja yang aku rasa orang akan sukakannya (dalam konteks bisnes, orang mungkin akan beli). 2. Sebaliknya, buat kerja yang aku suka buat, realistik dan profitable. 3. Bisnes? Jujur bagiku ia hanya proses menjana pendapatan yang tidak berhenti dan akan berterusan bagi setiap orang, bukanlah sesuatu yang seronok untuk dikongsikan. 4. Menimba dan berkongsi ilmu pengalaman yang seronok bagiku. 5. Berkongsi rezeki dengan orang yang 'dekat' dengan kita (semampunya). Giving back. 6. Kesihatan? Sudah tentu penting. Pagi ni buat medical checkup. 7. Ibadah itu kan mesti. 8. Siapkan pembinaan rumah secepat mungkin. 9. Melancong dekat atau jauh. Biar di kawasan dekat-dekat asalkan keluar dari tempat kerja. 10. Berkira masa. Kalau tidak, mesti rasa lebih cepat masa berlalu. Nota hidup Achmad Noorafzam 18/3/2021

Beli stroller baru, check-in hotel dan shopping di Suria Sabah

Image
Ini kemarin punya cerita. Kemarin adalah hari aku cuti. Pelik kan? Orang cuti sabtu ahad, aku pula cuti Rabu sahaja. Apa boleh buat, cari makan punya pasal hidup sebagai seorang 'runner' atau 'forwader' saja. So, aku bawa anak bini ke Hotel 7Suria, Suria Sabah untuk stay 1 malam sambil bershopping. Memandangkan anak kecil aku ni langkahnya kecil, dia asyik minta didukung. Aku pula tak tahan dukung pusing 1 mall. So, belikanlah stroller murah untuk dia. Bukan main dia enjoy. Ini link video vlog kemarin. https://youtu.be/6MHFK_PS4OU Achmad Noorafzam 18/3/2021

First time aku tangkap gambar sunset tepi pantai yang cantik. Matahari nampak jelas!

Image
Hello hello hello! Hati banyak senang hari ini apabila aku sempat mengambil gambar 'sunset' di pantai Shabandar, Tuaran yang begitu cantik. Serius, aku tidak pernah dapat gambar moment sebegini di mana-mana pantai termasuklah Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Entah, aku rasa gambar yang ini cantik sebab tanpa menggunakan apa-apa filter, matahari kelihatan jelas semasa terbenam. Waktu ini berlaku sangat pantas. Rasanya tak sampai 3 minit, matahari terbenam langsung tidak kelihatan. Hehe.. tadi ada satu pasangan ni ingin membuat wedding photoshoot. Aku rasa dia ada sedikit rugi apabila dia balik awal. Sempatlah aku tengok pasangan ni bagi 'angpow' kepada photographer selepas sesi photoshoot. Cuma, dia tak ambil moment sunset macam ini. Aku bayangkan lelaki memegang pinggang dan mengangkat pasangannya di sebalik mentari sunset. Mesti nampak wow tu. Anyway, next time mahu ke sana lagi dengan foto-foto menarik. Jom layan sikit video pendek https://youtu.be/VUk3S

Galakkan anak muda berniaga dengan memberi sewaan lot kedai kita? Ini ulasan dari aku

Image
Memetik dari postingan ini, tergerak untuk memberi sedikit ulasan peribadi. 1. "Sedih sangat kenapa tiada golongan muda yang ingin berniaga, kebanyakkan yang apply sewa hanya orang berpengalaman". Ulasan aku: Untuk anak muda yang mahu mula berniaga tidak perlu 'meny.ewa' untuk memulakan perniagaan pertama mereka. Wajarlah orang yang apply itu adalah yang berpengalaman bukan? Kenapa anak muda perlu belanjakan wang sewaan sebelum ada apa-apa sales sedangkan bulan pertama belum tentu ada sales? Sebelum berhasrat untuk buka kedai, pastikan ada sales dan cashflow dulu. Takkan hari ini rancang, esok menjadi. Free deposit tidak bermaksud meringankan kos penyewa. Dah masuk sewa, takkan masuk kosong. Tak buat apa-apa 'small renovation'? 2. "Galakkan orang muda khususnya bumiputera berniaga". Ulasan aku: Beri galakkan untuk memiliki komitmen sewa kedai untuk 'memulakan bisnes' adalah auta semata-mata. Ini kerana, anak muda yang bijak boleh