Posts

Galakkan anak muda berniaga dengan memberi sewaan lot kedai kita? Ini ulasan dari aku

Image
Memetik dari postingan ini, tergerak untuk memberi sedikit ulasan peribadi. 1. "Sedih sangat kenapa tiada golongan muda yang ingin berniaga, kebanyakkan yang apply sewa hanya orang berpengalaman". Ulasan aku: Untuk anak muda yang mahu mula berniaga tidak perlu 'meny.ewa' untuk memulakan perniagaan pertama mereka. Wajarlah orang yang apply itu adalah yang berpengalaman bukan? Kenapa anak muda perlu belanjakan wang sewaan sebelum ada apa-apa sales sedangkan bulan pertama belum tentu ada sales? Sebelum berhasrat untuk buka kedai, pastikan ada sales dan cashflow dulu. Takkan hari ini rancang, esok menjadi. Free deposit tidak bermaksud meringankan kos penyewa. Dah masuk sewa, takkan masuk kosong. Tak buat apa-apa 'small renovation'? 2. "Galakkan orang muda khususnya bumiputera berniaga". Ulasan aku: Beri galakkan untuk memiliki komitmen sewa kedai untuk 'memulakan bisnes' adalah auta semata-mata. Ini kerana, anak muda yang bijak boleh

Exausted bekerja, wajib reward diri dengan bermalam di hotel murah yang selesa

Image
Exhausted. Berhempas pulas minggu ini. Mahu tak mahu mesti layan cuti dulu. Seolah-olah kerja 24jam tanpa rehat. Pola tidur pun sudah kurang cantik. Hari ini selesai deliver barang-barang customer sekitar tuaran sehingga ke KK. Nasib baik ada kawan yang bantu untuk deliver barang yang lain. Sempat juga menghantar barang-barang crankshaft, main bearing dan con rode bearing untuk enjin kereta satu lagi yang sedang di overhaul ke Papar. Kemudian singgah di Oppo Service Centre di Imago untuk repair telefon ini yang tenggelam masuk air. Akibat tu, telefon ni berjaya dibaiki (dapat cas). Tapi data transfer sudah failed (motherboard rosak). Hurmm.. Minta maaf kalau banyak kekurangan kalau terlambat siapkan website-website kalian ya. Akhirnya aku akhiri hari kerja ini di Hotel 7 Suria, Kota Kinabalu. Guys! Hotel ni sangat cool, murah berbaloi dan aku sangat berpuas hati. Nanti ada masa, aku akan share sikit pasal hotel ni. Bye guys! Achmad Noorafzam 13/03/2021

Kenapa aku tidak mendapat jumlah viewer FB LIVE yang ramai sedangkan aku ingin berkongsi ilmu penting dan percuma?

Image
Proses LIVE untuk memandaikan netizen menjadi celik sesuatu ilmu bukanlah kerja senang. Jangan samakan LIVE jual barang dengan Live 'jual ilmu (free tapi?)'. Jangan dipaksa sehingga merasakan netizen seolah-olah tidak mahu invest masa mereka untuk belajar dengan anda. Cuba cari statistik, mana-mana orang yang membuat live fb ketika malam, view akan lebih tinggi berbanding buat live pada waktu petang. Walaupun view tinggi, tak sampai berapa minit view mesti akan berkurang selepas melihat isi dan cara penyampaian kita yang tidak dapat membuatkan mereka kekal menonton. . . Kita tidak boleh paksa #studentA menjadi seorang #studentC untuk tonton ketika waktu mereka bekerja (office hour). Apa perasaan anda apabila nampak staff anda yang sedang menonton LIVE FB ketika waktu bekerja? Menyirap bukan? Sebab itulah waktu malam lebih baik untuk buat LIVE FB. Janganlah katakan kalau mereka inginkan perubahan dalam hidup mestilah melaburkan masa mengikut waktu kita tetapkan buat

Harga emas turun lagi? Beli atau abaikan?

Image
Emas turun lagi untuk hari ini di Public Gold bagi program GAP. Apa itu GAP? Dalam bahasa mudah, tempat kumpul emas. Beli ikut gram atau beli ikut bajet duit. (sikit-sikit lama-lama jadi bukit). Bila sudah jadi bukit, kalau rasa-rasa mahu keluarkan ke bentuk fizikal boleh buat appointment di cawangan Publicgold. Saya sendiri sudah berkali-kali berurusan untuk beli dan keluarkan. Semuanya Patuh Syariah. Bila waktu sesuai beli emas? Bila-bila sahaja. Waktu harga emas naik, dan atau waktu harga emas turun. Kita tidak akan tahu harga emas akan naik atau turun. Sebab itu jika ada kemampuan, beli terus. Nanti dalam tidak sedar, kita sedang membeli dengan harga average (kalau kita banyak beli ketika waktu harga turun, maka average harga kita beli emas itu pun rendah atau murah). Selamat membeli :-) Achmad Noorafzam Publicgold Authorized Dealer PG00185982

Pemandangan senja di Kg. Serusup, Tuaran

Image
Sungguh mendamaikan. Pemandangan senja ini diambil pada 5 Mac 2021 petang menggunakan drone jenama Dji Mavic Air. Rakaman ini kelihatan lebih 'hidup' apabila sebuah bot penumpang sedang bergerak dan melintasi bawah kamera drone. Walaupun pemandangan senja waktu ini tidak begitu sempurna atas faktor awan menutupi matahari dan sebagainya, namun matahari terus melengkapi suasana senja di kampung ini. Tonton video berdurasi kurang 2 minit di sini: https://youtu.be/IneeT-yLB5Y Achmad Noorafzam 5/3/2021

Kami repeat bermalam di Friendly Homestay, Tuaran

Image
Selesai kami menghantar barang-barang kiriman customer, tiba-tiba wife dapat mesej daripada customer. "Hari ini tiada collect barang". Ini bermaksud, pada hari ini kami cuti untuk collect barang customer. Kebiasaannya rutin kami, sebelah pagi sehingga tengah hari adalah kerja-kerja menghantar barang kiriman customer sekitar Tuaran, Penampang dan Kota Kinabalu. Kebetulan kami membawa beg pakaian yang telah dikeringkan di dobi Sembulan, Kota Kinabalu. Ini menguatkan semangat untuk bermalam di Friendly Homestay. Kenapa kami pilih Friendly Homestay? Selain harganya yang murah, kami selesa dengan suasananya. Kali ini, kami tidak lagi membuat tempahan melalui Agoda. Kami terus direct booking di kaunter homestay tersebut. Yay! Kami telah berjaya membuat tempahan dengan rate RM95 satu malam sahaja. Ini adalah kali ke-2 kami bermalam di sini. Bilik yang kami dapat adalah bernombor 112. Sewaktu check-in, terus aku rasa wow! Sebab kami dapat bilik betul-betul pemandangan laut (sea-view)

Cuti satu malam di Friendly Homestay, Gayang Tuaran

Image
Hai! Apa khabar para pembaca semua? Aku harap kamurang sihat-sihat selalu. Hari ini aku ingin throwback satu hari percutian 1hari 1malam kami sekeluarga di Friendly Homestay, Gayang Tuaran pada 6/2/2021. Lokasinya seperti berikut: Friendly Homestay 088-397 301 https://maps.app.goo.gl/SwQ9diSNrQt9NW7b9 Setelah beberapa kali kami bercuti hujung minggu di hotel-hotel sekitar Kota Kinabalu, kali ini kami telah mengambil keputusan untuk bercuti di Friendly Homestay sahaja. Okay, pertimbangan mahu bercuti di kawasan Tuaran sahaja disebabkan waktu itu aku berasa sangat malas untuk lalu roadblock di depan politeknik, selain mahu meluangkan banyak masa berehat daripada masa di jalan raya. Maklumlah, kami bekerja bermula selepas jam12 petang sehingga tengah malam untuk kerja-kerja collect barang, bungkus dan esoknya hantar barang-barang tersebut ke kaunter kurier. Okay done booking! First impression aku pada booking waktu itu adalah ya! Memang friendly dia punya bos. Not sure itu bos atau bukan.