Posts

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Image
Cara daftar program SAVE 2.0 Rebat RM200 Shopee adalah seperti berikut: 1. Buka apps Shopee, kemudian pilih menu 'Buy Malaysia'. 2. Kemudian, klik pada butang 'DAFTAR SEKARANG'. 3. Isi dan lengkapkan borang maklumat. Anda boleh menggunakan bil elektrik kepunyaan anda sendiri atau milik orang lain yang ada tali hubungan dengan anda. 4. Sekiranya anda menggunakan akaun milik sendiri, jangan lupa isi 'NA' pada ruangan 'IF NO.....' 5. Selesai. NOTA: 1. Program ini difahamkan hanya untuk mereka yang ingin membeli alatan elektrik seperti aircond atau peti sejuk. 2. Jika pendaftaran ini lulus, anda akan menerima rebat RM200 pembelian tersebut. Kira macam diskaunlah bagi yang tak taham apa itu rebat.

TAK SALAH KITA BERMIMPI MEMILIKI 1KILOGRAM EMAS TULEN

Image
Tidak salah letak impian untuk memiliki 1000g Emas 999 begini. Gambar hanya contoh. Masa saya ada duit dulu, langsung tidak terfikir benda ni. Berapa kali saya buat bisnes. Rugi itu pasti. Untung itu belum tentu. Masa saya ada untung dulu, selalu fikir untuk berkembang berkembang berkembang. Pulangan? Sangat tipis. Ada lebih, labur balik konon boleh berkembang. Langit tak selalu cerah. Laluan hidup pun tidak semuanya sama.  Korang berjaya dalam bisnes. Mungkin saya tidak. So, perjalanan berbeza. . . Apa saya buat? 1. Jana duit untuk beli emas. 2. Dah ada duit, terus beli emas tanpa tangguh. 3. Mahu buat bises lain? Fikir banyak kali. Biasanya tidak mahu gadai untuk bisnes lain. 4. Yang pasti sekarang saya gadai untuk property. 5. Tebus emas perlahan². Kita boleh sama² mula. Beli 1gram dulu. Kumpul sehingga 10gram pertama.

EMAS INSTRUMEN PELABURAN KANAK-KANAK, LUPAKAN PTPTN

Image
Saya dan wife, selalu bercerita tentang perjalanan kami dari budak sampai dewasa. Terutama soal perbelanjaan pendidikan. Macam mana susah mencari sumber sampai sanggup join WATANIAH untuk dapatkan elaun. Ada lah duit poket. Sskarang sudah berumahtangga. Sudah pun mencecah angka 30an. Mau mau tua sudah. Sekarang kami fikir tentang masa depan anak tentang TRADISI meminjam PTPTN. Kalau boleh, kami mahu tiada lah pinjaman pendidikan untuk diorang. Seolah² pinjaman pendidikan ini sebagai tradisi yang sudah keterbiasaan. Ada yang mampu, ada yang kurang mampu. Yang kurang mampu, pinjaman pendidikan inilah salah satu sumber utama. Yang mampu, antara 2 sebab. Ada duit dari sumber kewangan ibubapa atau dari sumber simpanan sejak kecil. Kami berdua tertarik untuk mendisiplinkan diri kami dan anak² supaya menabung (padahal sejak zaman dulu lagi kita digalakkan menabung). Sudah menjadi lumrah, bila kita ada duit kita rasa mahu beli itu ini. Sempat menabung hanya untuk sehari dua. Selepa

JIKA BENAR KWSP DAPAT DIKELUARKAN, JANGAN CUBA LABURKAN DUIT UNTUK BISNES. FIKIR IDEA INI TERLEBIH DAHULU

Image
Tujuan asal KWSP adalah simpanan. Kita keluarkan untuk belanja modal bisnes adalah satu tindakan tidak tepat. Apa lagi labur 100% untuk bisnes. Bisnes adalah risiko. KWSP bukan duit. KWSP adalah UMUR. So, tujuan asal adalah SIMPAN. Keluarkan duit tu untuk beli EMAS GOLDBAR. Sudah beli EMAS, baru fikir.. nak laburkan untuk bisnes atau tidak. Jangan buat keputusan sebelum beli EMAS. Sudah banyak alkisah alkisah orang lama membelanjakan duit EPF tapi tidak sempat rasa untung disebabkan CERITA INDAH INDAH BELAKA tentang bisnes. Malah masa tua menambah liabiliti. 1. Rumah burung walit 2. Madu kelulut 3. Foodtruck 4. Restoran 5. Kereta sewa Dan banyak lagi cerita EPF hangus tanpa pulangan. Ada EPF, belilah EMAS. Kalau mahu bisnes, jual barang usahawan lain. Jadi jurujual. Bantu jual produk usahawan lain. Itu pilihan paling bijak masakini.

BANTU JUAL PRODUK KAWAN UNTUK JANA PENDAPATAN RISIKO RENDAH

Image
Bantu jual produk kawan-kawan. Apa yang bestnya adalah, kita tidak perlu fikir tentang penyediaan bahan, pembungkusan kreatif, pembuatan. . Kita hanya perlu carikan pelanggan untuk kawan-kawan kita saja. Ambil komisen setiap jualan yang kita berjaya jual. . Apa ada hal tentang branding dia. Biar dia terkenal. Asalkan setiap jualan kita buat, kita ada untung. . Makin dia terkenal, makin laku barang dia makin banyak untung kita juga. . Itu namanya kerjasama dan pengurusan risiko. Work smart.

SENARAI CONTACT MEKANIK KERETA TUARAN

Image
Berikut adalah senarai contact mekanik kereta di Tuaran, Sabah. 1. Boboy Augustine 0168182251 2. Rj Ivan 0149333989 3. Didie 0162284120 4. NHA AFRI 01120704783

SENARAI CONTACT TUKANG AIRCOND TUARAN

Image
Berikut adalah senarai Tukang Servis Aircond di Tuaran, Sabah. 1. Azrul 0138706921   2. Willie Alex 0167529354 3. Petra Milanda Nanak 0168433583

TIPS MEMBELI KERETA TERPAKAI

Image
Kasihan, ramai yang baru mendirikan rumahtangga belum memiliki kenderaan untuk bergerak ke tempat kerja, berniaga atau ke hospital. Mereka bersungguh-sungguh mencari dan mengumpul wang untuk membeli kereta pertama. Anak pertama lahir. Anak kedua lahir. Duit pun sudah cukup untuk membeli kereta pertama. Inilah masanya mereka benar-benar memerlukan kenderaan untuk pelbagai tujuan. Tapi, adakah wang yang dikumpul itu cukup untuk membeli kereta idaman walaupun hanya sekadar kereta terpakai? Berikut tips yang saya boleh kongsikan berdasarkan pengalaman saya sendiri: 1. BAJET Bajet adalah paling penting. Berapakah wang yang sudah dikumpul? RM3,000 RM5,000 RM10,000? Saya pernah membeli kereta terpakai bukanlah menilai berdasarkan saya inginkan spesifik jenama seperti Alza, Bezza dan sebagainya. Sebaliknya berdasarkan berapa wang terkumpul semasa. Ada ketika itu, saya sangat memerlukan kenderaan (selepas kenderaan four-wheel saya sudah dilepaskan semasa PKP). Perlu sangat sebab ing