Posts

Showing posts with the label i-sinar

JIKA BENAR KWSP DAPAT DIKELUARKAN, JANGAN CUBA LABURKAN DUIT UNTUK BISNES. FIKIR IDEA INI TERLEBIH DAHULU

Image
Tujuan asal KWSP adalah simpanan. Kita keluarkan untuk belanja modal bisnes adalah satu tindakan tidak tepat. Apa lagi labur 100% untuk bisnes. Bisnes adalah risiko. KWSP bukan duit. KWSP adalah UMUR. So, tujuan asal adalah SIMPAN. Keluarkan duit tu untuk beli EMAS GOLDBAR. Sudah beli EMAS, baru fikir.. nak laburkan untuk bisnes atau tidak. Jangan buat keputusan sebelum beli EMAS. Sudah banyak alkisah alkisah orang lama membelanjakan duit EPF tapi tidak sempat rasa untung disebabkan CERITA INDAH INDAH BELAKA tentang bisnes. Malah masa tua menambah liabiliti. 1. Rumah burung walit 2. Madu kelulut 3. Foodtruck 4. Restoran 5. Kereta sewa Dan banyak lagi cerita EPF hangus tanpa pulangan. Ada EPF, belilah EMAS. Kalau mahu bisnes, jual barang usahawan lain. Jadi jurujual. Bantu jual produk usahawan lain. Itu pilihan paling bijak masakini.