Galakkan anak muda berniaga dengan memberi sewaan lot kedai kita? Ini ulasan dari aku

Memetik dari postingan ini, tergerak untuk memberi sedikit ulasan peribadi. 1. "Sedih sangat kenapa tiada golongan muda yang ingin berniaga, kebanyakkan yang apply sewa hanya orang berpengalaman". Ulasan aku: Untuk anak muda yang mahu mula berniaga tidak perlu 'meny.ewa' untuk memulakan perniagaan pertama mereka. Wajarlah orang yang apply itu adalah yang berpengalaman bukan? Kenapa anak muda perlu belanjakan wang sewaan sebelum ada apa-apa sales sedangkan bulan pertama belum tentu ada sales? Sebelum berhasrat untuk buka kedai, pastikan ada sales dan cashflow dulu. Takkan hari ini rancang, esok menjadi. Free deposit tidak bermaksud meringankan kos penyewa. Dah masuk sewa, takkan masuk kosong. Tak buat apa-apa 'small renovation'? 2. "Galakkan orang muda khususnya bumiputera berniaga". Ulasan aku: Beri galakkan untuk memiliki komitmen sewa kedai untuk 'memulakan bisnes' adalah auta semata-mata. Ini kerana, anak muda yang bijak boleh