Posts

Showing posts with the label Videografi & Fotografi

First time aku tangkap gambar sunset tepi pantai yang cantik. Matahari nampak jelas!

Image
Hello hello hello! Hati banyak senang hari ini apabila aku sempat mengambil gambar 'sunset' di pantai Shabandar, Tuaran yang begitu cantik. Serius, aku tidak pernah dapat gambar moment sebegini di mana-mana pantai termasuklah Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Entah, aku rasa gambar yang ini cantik sebab tanpa menggunakan apa-apa filter, matahari kelihatan jelas semasa terbenam. Waktu ini berlaku sangat pantas. Rasanya tak sampai 3 minit, matahari terbenam langsung tidak kelihatan. Hehe.. tadi ada satu pasangan ni ingin membuat wedding photoshoot. Aku rasa dia ada sedikit rugi apabila dia balik awal. Sempatlah aku tengok pasangan ni bagi 'angpow' kepada photographer selepas sesi photoshoot. Cuma, dia tak ambil moment sunset macam ini. Aku bayangkan lelaki memegang pinggang dan mengangkat pasangannya di sebalik mentari sunset. Mesti nampak wow tu. Anyway, next time mahu ke sana lagi dengan foto-foto menarik. Jom layan sikit video pendek https://youtu.be/VUk3S

Pemandangan senja di Kg. Serusup, Tuaran

Image
Sungguh mendamaikan. Pemandangan senja ini diambil pada 5 Mac 2021 petang menggunakan drone jenama Dji Mavic Air. Rakaman ini kelihatan lebih 'hidup' apabila sebuah bot penumpang sedang bergerak dan melintasi bawah kamera drone. Walaupun pemandangan senja waktu ini tidak begitu sempurna atas faktor awan menutupi matahari dan sebagainya, namun matahari terus melengkapi suasana senja di kampung ini. Tonton video berdurasi kurang 2 minit di sini: https://youtu.be/IneeT-yLB5Y Achmad Noorafzam 5/3/2021