Posts

Showing posts with the label Kesihatan

AMALAN PEMAKANAN SIHAT

Image
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, sehingga hari ini aku dapat bernafas dan menikmati kesihatan yang ada. Hari ini adalah Hari Raya Ke-3 bersamaan dengan 15.05.2021 (Sabtu). Pada hari ini juga aku telah mengamalkan Intermittent Fasting  dan InshAllah akan cuba mengikuti gaya pemakanan Rasulullah SAW. Berikut adalah amalan pemakanan yang aku gunakan untuk mengekalkan kesihatan harian. Kesihatan yang aku pentingkan adalah kesihatan organ dalaman agar lebih panjang umur dan tidak menghidapi sebarang penyakit ketika tua nanti: PAGI JAM7 (atau sebaiknya selepas solat subuh) - 1 gelas air campur 1 sudu madu, 1 sudu cuka apple. Aku gunakan ACV brand Bragg dan ianya Kosher  iaitu halal dimakan. TENGAH HARI (ketika lapar sahaja) - 1 senduk nasi parboiled (lebih bagus elakkan nasi kalau boleh). - lebih Sayur-sayuran (timun, brokoli, cauliflower, kubis) - Jangan ada daging (jika makan, jamah hanya sedikit) - Ikan jenis ikan putih, ikan merah masak yang berkunyit dan berm

Syarikat Faiza Sdn Bhd menjawab soalan tentang keaslian beras basmati mereka

Image
Beberapa hari lalu aku telah menghubungi Syarikat Faiza Sdn Bhd untuk mendapatkan kepastian berkenaan beras jenis basmati. Soalan aku, Assalamualaikum wbt, saya ingin bertanya, adakah beras basmati keluaran syarikat faiza adalah beras basmati asli atau refined basmati? Aku tambah lagi, Baik. Untuk makluman sahaja ya, pertanyaan tersebut penting kepada pesakit pre-diabetes yang bercadang untuk mencari makanan alternatif untuk kesihatan. Kerana berdasarkan dapatan dari beberapa artikel menyatakan basmati adalah baik berbanding beras yang lain untuk kesihatan. T.kasih. *Untuk makluman, aku bukanlah seorang pesakit pre-diabetes. Tetapi hanya sekadar ingin mengetahui jenis beras yang boleh dijadikan alternatif untuk aku lebih berhati-hati dalam mengkonsumsi makanan. Lalu ini jawapan ringkat daripada mereka, Beras basmathi kami adalah beras yang diimport dari Pakistan melalui PadiBeras Nasional Berhad (BERNAS).  Beras yang dibeli dari pembekal kami ialah beras putih yang telah me

MAKAN SECARA SIHAT

Image
Penjagaan kesihatan adalah sangat di tuntut dalam Islam. Kita ditegah untuk melakukan perkara-perkara yang memudaratkan kesihatan. Pemakanan adalah faktor terpenting untuk menjaga kesihatan disamping faktor lain seperti aktiviti fizikal, mengawal tekanan dan mengelakkan faktor risiko seperti merokok, minum arak, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.  Islam amat mengalakkan penjagaan kesihatan dengan pelbagai nas dari sumber AlQuran dan Hadis Nabi Muhammad SAW. Setiap hari kita digalakkan berdoa kepada Allah agar dikurniakan kesihatan yang baik semasa solat atau diluar solat.  Ini jelas membuktikan penjagaan kesihatan amat diutamakan dalam Islam. Prinsip asas yang dilandaskan oleh Islam berkenaan pemakanan adalah prinsip boleh guna atau harus guna atas setiap benda. Semua yang diciptakan oleh Allah diatas muka bumi ini atau di dalam perut bumi boleh digunakan oleh manusia demi menjamin kelansungan hidup. Tiada satu pun yang dicegah atau diharamkan kecuali apa yang telah terma

Aku komited turunkan berat badan kali ini

Image
Bila ada isu kesihatan, aku betul-betul komited untuk bagi pulih semula sistem kesihatan diri. Kalau sebelum ni, setakat kuning telur ni lenyap dari pinggan. Rasa membazir dan sayang pun ada tidak berabis untuk breakfast di hotel ni. Sebenarnya kesihatan aku masih okay. Sebab aku selalu mengamalkan minum air dengan kuantiti yang banyak dalam sehari. Cuma, semenjak ada warning daripada result sebelum ni, barulah aku rasa mahu 'diet' dan cuba mengamalkan makanan sihat. Ini tujuannya untuk turunkan berat badan aku. Sebelum ni hanya 'nantilah berdiet tu'. Mujurlah warning hanya sekadar warning. Bukan kojol terus. 😁 Palis-palis. 3 hari lalu berat aku 92.5kg. Kemarin aku timbang 90.1kg. Penurunan macam ni buat aku lebih semangat. Chayok! No sugar! No Trans Fat! Achmad Noorafzam The Klagan Hotel 28/3/2021

GOUT dan GULA

Image
Ramai yang tidak percaya apabila saya katakan punca GOUT adalah GULA!! Pengambilan GULA pasir atau sukrosa juga meningkat dengan ketara sejak negara kita merdeka. GULA mengandungi dua komponen utama iaitu GLUKOSA dan FRUKTOSA. Kedua-duanya memberikan impak negatif kepada kesihatan jika diambil berlebihan tetapi yang lebih bahaya adalah FRUKTOSA. FRUKTOSA juga tinggi dalam jus buah-buahan, HFCS (high fructose corn syrup) dan madu. HFCS banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman proses dan jem buah. Jus buah-buahan yang di jual dalam minuman kotak,tin atau botol mengandungi kandungan fruktosa yang sangat tinggi.  Buah-buahan yang sangat tinggi fruktosa seperti durian, rambutan, manggis, anggur dan sebagainya jika diambil terlalu banyak juga boleh memudaratkan kerana kandungan fruktosanya yang tinggi.  Madu juga tinggi fruktosa, tetapi ia tidak bahaya jika diambil secara sederhana, tetapi isu utama tentang madu adalah kebanyakan madu yang di jual di campurkan GULA pasir, d

Keputusan darah sudah ada, aku semakin khuatir dan lebih berjaga-jaga

Image
Hari ini aku dipanggil untuk mengambil keputusan darah yang telah siap di Permai Policlinics Jalan Gaya, Kota Kinabalu. Minggu lalu aku telah menjalankan ujian darah dan air kencing. Selesai, aku bayar hanya RM100.00 sahaja. Ting tong.. Dua Kosong Tiga Empat Bilik Dua. Aku buka pintu rasa berdebar. Aku disuruh duduk oleh Doktor Ravibalan A/L Somasundram. Beliau meneliti keputusan tersebut. Aku bayar fee RM80 untuk terima consultation. Hasil dari keputusan itu, beliau menasihatiku agar aku lebih 'menjaga mulut' untuk memilih makanan harian kerana keputusan aku seperti berikut: Haemoglobin Test 1. MCH 27 (normal 28-34) 2. Lymphocytes 46.8 (%) (normal 20.0-45.0) Renal Function Test 1. Acid Uric telah mencapai 0.54 (normal 0.21-0.43) Liver Function Test 1. Aspartate Transaminase 54 (normal <34) 2. Alanine Transaminase 80 (normal 12-78) 3. Gamma-Glutamyl Transferase 81 (normal 12-73) Lipid Profile 1. Total Cholesterol 6.4 (normal <5.2) High Risk 2. Non-HDL-Choleste