Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Permohonan dan pendaftaran i-Sinar boleh dibuat hanya melalui i-Sinar Online bermula hari ini selama 6 bulan sehingga 30 Jun 2021. Bagi yang tiada i-Akaun atau bermasalah untuk log masuk, berikut cara-cara daftar i-Sinar KWSP. 1. Layari i-Sinar Online 2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda. 3. Masukkan Nombor Telefon Bimbit anda yang aktif. 4. Klik butang Teruskan. 5. Seterusnya, untuk memastikan anda adalah pemilik sebenar akaun KWSP, sistem akan bertanya soalan berdasarkan aktiviti anda dengan KWSP. Soalan ini perlu dijawab dengan tepat. Silakan jawab jika anda rasa ia tepat untuk diri anda. 6. Sekiranya sistem tidak berjaya memastikan anda adalah pemilik akaun, sistem akan memberikan percubaan kali ke-2. 7. Sekiranya berjaya disahkan, anda akan lihat pada skrin amaun total yang anda layak keluarkan. Pilih amaun pengeluaran yang anda mahukan. 8. Anda dikehendaki untuk mengemaskini maklumat akaun bank. Pastikan akaun bank yang diisi adalah aktif. Akhir sekali, jangan lupa