Posts

Showing posts with the label Friendly Homestay

Kami repeat bermalam di Friendly Homestay, Tuaran

Image
Selesai kami menghantar barang-barang kiriman customer, tiba-tiba wife dapat mesej daripada customer. "Hari ini tiada collect barang". Ini bermaksud, pada hari ini kami cuti untuk collect barang customer. Kebiasaannya rutin kami, sebelah pagi sehingga tengah hari adalah kerja-kerja menghantar barang kiriman customer sekitar Tuaran, Penampang dan Kota Kinabalu. Kebetulan kami membawa beg pakaian yang telah dikeringkan di dobi Sembulan, Kota Kinabalu. Ini menguatkan semangat untuk bermalam di Friendly Homestay. Kenapa kami pilih Friendly Homestay? Selain harganya yang murah, kami selesa dengan suasananya. Kali ini, kami tidak lagi membuat tempahan melalui Agoda. Kami terus direct booking di kaunter homestay tersebut. Yay! Kami telah berjaya membuat tempahan dengan rate RM95 satu malam sahaja. Ini adalah kali ke-2 kami bermalam di sini. Bilik yang kami dapat adalah bernombor 112. Sewaktu check-in, terus aku rasa wow! Sebab kami dapat bilik betul-betul pemandangan laut (sea-view)

Cuti satu malam di Friendly Homestay, Gayang Tuaran

Image
Hai! Apa khabar para pembaca semua? Aku harap kamurang sihat-sihat selalu. Hari ini aku ingin throwback satu hari percutian 1hari 1malam kami sekeluarga di Friendly Homestay, Gayang Tuaran pada 6/2/2021. Lokasinya seperti berikut: Friendly Homestay 088-397 301 https://maps.app.goo.gl/SwQ9diSNrQt9NW7b9 Setelah beberapa kali kami bercuti hujung minggu di hotel-hotel sekitar Kota Kinabalu, kali ini kami telah mengambil keputusan untuk bercuti di Friendly Homestay sahaja. Okay, pertimbangan mahu bercuti di kawasan Tuaran sahaja disebabkan waktu itu aku berasa sangat malas untuk lalu roadblock di depan politeknik, selain mahu meluangkan banyak masa berehat daripada masa di jalan raya. Maklumlah, kami bekerja bermula selepas jam12 petang sehingga tengah malam untuk kerja-kerja collect barang, bungkus dan esoknya hantar barang-barang tersebut ke kaunter kurier. Okay done booking! First impression aku pada booking waktu itu adalah ya! Memang friendly dia punya bos. Not sure itu bos atau bukan.