Posts

Showing posts with the label Cuti-cuti

Beli stroller baru, check-in hotel dan shopping di Suria Sabah

Image
Ini kemarin punya cerita. Kemarin adalah hari aku cuti. Pelik kan? Orang cuti sabtu ahad, aku pula cuti Rabu sahaja. Apa boleh buat, cari makan punya pasal hidup sebagai seorang 'runner' atau 'forwader' saja. So, aku bawa anak bini ke Hotel 7Suria, Suria Sabah untuk stay 1 malam sambil bershopping. Memandangkan anak kecil aku ni langkahnya kecil, dia asyik minta didukung. Aku pula tak tahan dukung pusing 1 mall. So, belikanlah stroller murah untuk dia. Bukan main dia enjoy. Ini link video vlog kemarin. https://youtu.be/6MHFK_PS4OU Achmad Noorafzam 18/3/2021

Exausted bekerja, wajib reward diri dengan bermalam di hotel murah yang selesa

Image
Exhausted. Berhempas pulas minggu ini. Mahu tak mahu mesti layan cuti dulu. Seolah-olah kerja 24jam tanpa rehat. Pola tidur pun sudah kurang cantik. Hari ini selesai deliver barang-barang customer sekitar tuaran sehingga ke KK. Nasib baik ada kawan yang bantu untuk deliver barang yang lain. Sempat juga menghantar barang-barang crankshaft, main bearing dan con rode bearing untuk enjin kereta satu lagi yang sedang di overhaul ke Papar. Kemudian singgah di Oppo Service Centre di Imago untuk repair telefon ini yang tenggelam masuk air. Akibat tu, telefon ni berjaya dibaiki (dapat cas). Tapi data transfer sudah failed (motherboard rosak). Hurmm.. Minta maaf kalau banyak kekurangan kalau terlambat siapkan website-website kalian ya. Akhirnya aku akhiri hari kerja ini di Hotel 7 Suria, Kota Kinabalu. Guys! Hotel ni sangat cool, murah berbaloi dan aku sangat berpuas hati. Nanti ada masa, aku akan share sikit pasal hotel ni. Bye guys! Achmad Noorafzam 13/03/2021

Kami repeat bermalam di Friendly Homestay, Tuaran

Image
Selesai kami menghantar barang-barang kiriman customer, tiba-tiba wife dapat mesej daripada customer. "Hari ini tiada collect barang". Ini bermaksud, pada hari ini kami cuti untuk collect barang customer. Kebiasaannya rutin kami, sebelah pagi sehingga tengah hari adalah kerja-kerja menghantar barang kiriman customer sekitar Tuaran, Penampang dan Kota Kinabalu. Kebetulan kami membawa beg pakaian yang telah dikeringkan di dobi Sembulan, Kota Kinabalu. Ini menguatkan semangat untuk bermalam di Friendly Homestay. Kenapa kami pilih Friendly Homestay? Selain harganya yang murah, kami selesa dengan suasananya. Kali ini, kami tidak lagi membuat tempahan melalui Agoda. Kami terus direct booking di kaunter homestay tersebut. Yay! Kami telah berjaya membuat tempahan dengan rate RM95 satu malam sahaja. Ini adalah kali ke-2 kami bermalam di sini. Bilik yang kami dapat adalah bernombor 112. Sewaktu check-in, terus aku rasa wow! Sebab kami dapat bilik betul-betul pemandangan laut (sea-view)

Cuti satu malam di Friendly Homestay, Gayang Tuaran

Image
Hai! Apa khabar para pembaca semua? Aku harap kamurang sihat-sihat selalu. Hari ini aku ingin throwback satu hari percutian 1hari 1malam kami sekeluarga di Friendly Homestay, Gayang Tuaran pada 6/2/2021. Lokasinya seperti berikut: Friendly Homestay 088-397 301 https://maps.app.goo.gl/SwQ9diSNrQt9NW7b9 Setelah beberapa kali kami bercuti hujung minggu di hotel-hotel sekitar Kota Kinabalu, kali ini kami telah mengambil keputusan untuk bercuti di Friendly Homestay sahaja. Okay, pertimbangan mahu bercuti di kawasan Tuaran sahaja disebabkan waktu itu aku berasa sangat malas untuk lalu roadblock di depan politeknik, selain mahu meluangkan banyak masa berehat daripada masa di jalan raya. Maklumlah, kami bekerja bermula selepas jam12 petang sehingga tengah malam untuk kerja-kerja collect barang, bungkus dan esoknya hantar barang-barang tersebut ke kaunter kurier. Okay done booking! First impression aku pada booking waktu itu adalah ya! Memang friendly dia punya bos. Not sure itu bos atau bukan.