Posts

Showing posts with the label COVID19

COVID19 - KECICIRAN MAKLUMAT PUNCA MASALAH BANTUAN TIDAK SAMPAI

Image
Last saya dapat bantuan adalah bantuan GKP. Dengan itulah saya gunakan sebaiknya untuk cari income semasa PKP. Sampailah hari ini, wang bantuan GKP macam pandai beranak. Betul2 digunakan untuk bisnes. Syukur hari ini boleh hulur-hulur kepada yang memerlukan sedikit sebanyak. Kalau saya ditakdirkan tersenarai dalam keluarga yang menerima bantuan berbentuk keperluan dapur semasa PKPB, saya sendiri akan pass bantuan itu kepada keluarga yang lebih memerlukan daripada saya. Untuk saya sudah cukup lengkap di dapur. Malangnya tiada tersenarai. Saya juga tak minta, dan tidak perlukan. Cuma hairan lah kenapa tidak tersenarai. Dan kenapa masih ada orang lain yang belum terima. Keciciran maklumat. Ini paling perlu dielak. Sejak dulu berulang saya tekan kan. Data data data. Data lapuk, jangan dipakai. Silakan gandakan usaha untuk cari data, jangan ada tercicir. Ekonomi makin worst. Ekonomi sedang tumbuh tapi sangat time consuming. Betul2 ramai terkesan.