Anwar Ibrahim dan LGBTQ+ adakah benar?

Sebenarnya kita dapat PM yang baharu adalah ujian besar kerana LGBTQ and the gang semakin berani expose di khalayak ramai.


Bukan soal minat atau tidak dengan PMX sebagai peneraju Malaysia Madani sekarang. Tetapi kelantangan dan sensitiviti terhadap isu hangat sedunia yang perlu di banteras.

Aku mengenal beliau selain dari salah seorang pengasas ABIM dan PKR, beliau adalah salah satu ahli di dalam pertubuhan LI, dan aku adalah salah seorang yang menolak beliau untuk beliau menjadi PM sekiranya beliau masih bersama LI.

Apa itu LI?
Li adalah Liberal International.

"LI has previously been a vocal supporter of LGBTQI+ rights at the UNHRC. In 2021, LI called upon the UNHRC to increase LGBTQI+ visibility and participation in political decision-making bodies." LI - 01/03/2023

https://liberal-international.org/news-articles/unhrc-li-expresses-concern-over-oppression-against-lgbtqi-people-in-kenya-nigeria-and-uganda/

Salah satu Manifesto LI adalah berikut:

"Liberals intrinsically believe that rights for members of minority groups of all kinds must have a secure and safe place in our values and we particularly support those who are vulnerable to discrimination whether as members of ethnic minorities or indigenous groups, people with visible and non-visible disabilities, children, the elderly, and LGBT+ people (lesbian, gay, bisexual, trans, non-binary, intersex a.o.). Individuals who believe in a religious or another faith or in atheism must be protected in the practice of their beliefs so long as they are within the existing law and constitutional rights."

Penglibatan bekas pengasas ABIM ini dengan LI sebenarnya sudah lama aku perhatikan sewaktu beliau berada di tahanan. Bagi membuktikan beliau mendapat sokongan daripada LI ini, ternyata sewaktu beliau dikhabarkan untuk bebas dari tahanan telah mendapat perhatian daripada LI.

https://liberal-international.org/news-articles/liberated-global-liberal-family-celebrates-release-of-anwar-ibrahim/

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah peranan pengasas ABIM ini di dalam pertubuhan LI? Beliau membawa PKR sebagai Observer Member Party di dalam LI.

https://liberal-international.org/members/pkr_malaysia/

Tidak lupa juga, anak beliau turut bersama-sama dalam membentuk manifesto:

"Guided by the founding principles of the Oxford Manifesto, the Drafting Committee, whose members, apart from Karl-Heinz Paqué and the LI President, included Nurul Izzah Anwar, Carlos Gasoliba, Ingemund Hägg, Ahmad Hariri, Olivier Kamitatu, Felicita Medved, Oyun Sanjaasuren, Christian Scharling, Ricardo Lopez Murphy, Julie Smith and Helen Zille aspired to reflect, renew and reclaim liberalism in the twenty-first century."

https://liberal-international.org/who-we-are/our-mission/landmark-documents/political-manifestos/liberal-manifesto-2017/#jump-English

Anda boleh explore website LI di sini https://liberal-international.org/

Harapanku,

Sungguh pun begitu ramai yang menyokong beliau kerana politik dan kredibiliti peribadinya, mungkin ada yang tidak setuju dengan tulisan ini tetapi tidak menghalang untuk aku menulis perkara benar ini sebagai maklumat penting kepada rakyat yang masih ada nilai kehidupan normal kerana penglibatan beliau bersama LI sudah jelas di mata dunia.

Baru-baru ini, Isu LGBTQ+ kini sudah menjadi 'terang' termasuklah video tular pada 13hb Mac lalu terdapat perarakan LGBTQ+ di Jalan Tar KL pada 12/03/2023. Ini menunjukkan keberanian.

Sebagai manusia yang mempunyai pegangan hidup dan nilai-nilai Islam dan telah diberikan kuasa di tangan, berbuatlah sesuatu.

Sekiranya PM Malaysia Madani ini ingin menunjukkan stand beliau menentang ideologi dan doktrin LGBTQ+, beliau boleh mengemukakan pendirian secara jelas untuk tidak bekerjasama dengan LI lagi. Meminta namanya tidak terpalit dengan aktiviti dan sokongan daripada LI.

Mana mungkin seorang PM dapat meneraju Malaysia dengan acuan Malaysia sendiri jika masih terikat dengan misi LI? Acuan yang bagaimana Malaysia akan bentuk jika masih terikat dengannya?

LI mempunyai peranan jelas terhadap perkembangan dan perlindungan LGBTQ+ di dunia. Adakah Malaysia ingin bersama LI?

Tepuk dada tanya selera.

Achmad Noorafzam
15/03/2023

Comments

Popular Post

Konspirasi Pemimpin Politik di Negara Sedang Membangun