Tentang Saya: Pengenalan Achmad.net

Assalamualaikum wbt dan salam bahagia.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kalian kerana meluangkan masa untuk membaca penulisan saya di Achmad.net ini.

Achmad.net adalah sebuah laman web berbentuk blog daripada Google secara percuma untuk saya terbitkan hasil-hasil penulisan dan karya saya sendiri. Mungkin berbentuk ilmiah, hasil pemikiran sendiri atau reaksi terhadap sesuatu isu. Tidak lupa juga jika berkelapangan saya akan berkongsi tentang hobi yang saya suka.

Saya sedang membaca SMS di tangga sebuah bilik kuliah di Kolej Matrikulasi Labuan (KML) pada tahun 2007

Kenapa memilih domain name Achmad.net? Achmad.net adalah sebuah domain name yang sangat bernilai untuk dijadikan sebuah personal branding. Ini adalah tanggapan daripada saya sendiri kerana mungkin ratusan, ribuan atau puluh ribuan manusia di dunia ini memiliki nama 'Achmad' terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Salah satunya adalah saya sendiri.

Nama saya Achmad Noorafzam Bin Noortaip berasal dari Tuaran, Sabah (North Borneo).

Pada 14 Julai 2019, saya telah berjaya memiliki domain name Achmad.net selepas berjaya 'take over' daripada pemilik sebelum ini yang berasal dari Indonesia. Selama lebih kurang 7 tahun saya menanti bila domain name ini akan expired, saya akan cepat-cepat beli dan memilikinya.

Kenapa bukan Achmad.com? Domain name Achmad.com tidak mungkin akan dimiliki oleh sesiapa kerana domain name ini telah dibeli oleh pihak luar dan menjualnya dengan harga yang tidak masuk akal 11.2k euro atau RM50 ribu ringgit pada sekitar tahun 2017 selepas dinilaikan.

Emel Achmad.com valuation pada 23 Disember 2017

Maka dengan itu, saya terus batalkan hasrat untuk memburu domain name tersebut kerana harganya terlalu mahal.

Mengapa saya perlukan domain name ini? Sebagai orang yang minat dengan dunia IT serta mengharapkan sesuatu pulangan daripada Personal Branding, pembelian domain name adalah seperti membeli sebidang tanah di alam maya. Setelah kita berjaya memilikinya, kita boleh menjualnya semula.

Walau bagaimanapun, buat masa ini saya tidak berminat untuk menjualnya walaupun terdapat tawaran daripada penama Achmad yang lain.

Saya juga ingin mengajak kalian semua yang ingin mempunyai branding sendiri bolehlah bermula dengan memiliki domain name atas nama sendiri.

Baiklah, memiliki domain name sahaja tidak cukup kerana domain name tidak dapat diakses dan dibaca. Website Achmad.net ini menggunakan platform percuma daripada Google iaitu Blogger.com dan saya sambungkan dengan domain name Achmad.net.

Kalian mungkin berminat memiliki website blog sendiri, dan boleh pelajarinya di sini:

Sebelum ini, website ini sudah mempunyai ratusan konten sehingga saya dapat monetized Google Adsense. Tetapi pada tahun 2023 ini, saya teringin untuk menghidupkan kembali suasana berblog (blogging) kerana negara kita kurang menghasilkan konten melalui blog. Sebenarnya blog juga boleh menghasilkan duit. Pokok pangkalnya perlu ada Personal Branding dan pengisian blog yang baik.

Begitulah sedikit sebanyak pengenalan saya kepada kalian dan InshaAllah saya akan terus menulis. Jika penulisan saya bermanfaat kepada kalian, saya berbesar hati kalian follow rapat di Achmad.net dan komen di bawah.

#MariBerkawan
#MariMembaca

Yang benar,
Achmad Noorafzam

Comments

Popular Post

Anwar Ibrahim dan LGBTQ+ adakah benar?

Konspirasi Pemimpin Politik di Negara Sedang Membangun