Konspirasi Pemimpin Politik di Negara Sedang Membangun
Assalamualaikum wbt.
Sekarang jam 23:13 malam. Aku sedang berada di Kunak untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara dan sekarang sedang baring di lantai beralaskan tilam toto nipis. Suhu bilik sekarang agak tinggi membuatkan aku sukar untuk lelapkan mata.
Sedang menunggu terlelap aku tiba-tiba teringat pengalaman sewaktu ikut berkempen PRU baru-baru ini. Terlintas dalam fikiran untuk menulis tentangnya.
Sewaktu menjadi jentera PRU bagi calon Bebas, aku menugaskan diriku sendiri sukarela menjadi tukar edar risalah/flyers ke rumah-rumah di sekitar Tuaran.
Dijadikan cerita setiap kali aku turun dari kereta dan merapati warga belia di kawasan sasaran, rata-rata mereka memberi respon begini, "tiada duit tiada undi".
Aku dengan beraninya hanya senyum sambil tunduk tanda hormat lalu pergi dari situ. Sebagai orang yang jarang bertemu dengan manusia yang tidak dikenali memang agak janggal kena dengan rejection macam itu. Tapi aku tidak kisah sebab itu aku sukarela untuk bertugas mengedar risalah. Belajar bermuka tebal.
Aku terfikir kenapa rata-rata belia mahukan duit instant. Aku punya teori begini;
Sejak dulu negara kita dikenali sebagai negara yang sedang membangun. Belia sepatutnya memerlukan pendapatan melalui pekerjaan dan perniagaan.
Budaya ingin berkerja semakin pudar kerana wujud aktiviti judi dan mengambil bahan terlarang. Aktiviti ini sering dikaitkan dengan duit tunai yang cepat.
Dahulu judi hanya melalui aktiviti permainan secara bwrkumpulan dan terang-terangan. Perlu datang ke tempat judi beramai-ramai dan bermain.
Zaman sekarang sebaliknya. Tanpa berkumpul, mereka hanya perlu bermain judi dari apps telefon sahaja. Yang lebih memudaratkan apabila apps judi menggalakkan untuk berhutang.
Maka terjeratlah mereka dengan aktiviti judi online dengan lambakan hutang keliling pinggang. Mereka dijanjikan kekayaan hanya dengan berjudi online sedangkan aku percaya judi online mempunyai algoritma 'scam' yang merugikan pemain.
Sejak dari itu, pemain yang dikalangan belia terjerumus dengan bebanan hutang. Mereka perlukan duit untuk teruskan bermain judi online dan membayar hutang.
Di kalangan mereka juga puas mencari dana lain, berusaha mencari kerja semata-mata untuk membayar hutang. Ada yang terlibat dengan masalah disiplin ketika bekerja dan mengakibatkan terpaksa bertukar-tukar kerja.
Bekerja untuk berjudi dan bayar hutang judi. Belia kini ramai yang sudah 'rosak'.
Konspirasi,
Mungkin ada di kalangan ahli politik sedang bermain kotor. Mereka ingin berkuasa dengan cara memberi duit instant.
Ahli politik tahu keperluan sebenar belia anak muda yang telah 'rosak'. Belia rosak perlukan duit instant. Segalanya duit.
Sebab itu ada ahli politik sanggup 'bom' duit kepada remaja belia dan sebagainya untuk mendapatkan undi.
Konspirasi,
Mungkin ada juga di kalangan ahli politik menjadi sponsor judi online supaya lebih ramai yang perlukan duit. Kehausan duit. Kelaparan duit.
Konspirasi,
Mungkin ahli politik lebih suka untuk mengabaikan hasrat rakyat untuk tidak memperbanyak peluang pekerjaan agar belia sentiasa jobless dan hanya bermain judi online.
Untuk menjadi ahli politik bukanlah kerana dia bagus, dia terbaik, dia dipercayai.
TIDAK SAMA SEKALI!
Untuk menjadi ahli politik sebenarnya untuk berkuasa. Mereka sanggup menggunakan kuasa duit untuk kekal menjadi wakil rakyat yang dipilih.
Hari ini, tiada satu pun wakil rakyat bersuara tentang aktiviti judi online berleluasa yang merencatkan pembangunan ekonomi negara.
Mungkin mereka ingin wujudkan 'lapar duit' untuk kekal berkuasa bertahun-tahun.
Yang benar,
Achmad Noorafzam
Comments
Post a Comment