Posts

Showing posts from 2023

Konspirasi Pemimpin Politik di Negara Sedang Membangun

Image
Assalamualaikum wbt. Sekarang jam 23:13 malam. Aku sedang berada di Kunak untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara dan sekarang sedang baring di lantai beralaskan tilam toto nipis. Suhu bilik sekarang agak tinggi membuatkan aku sukar untuk lelapkan mata. Sedang menunggu terlelap aku tiba-tiba teringat pengalaman sewaktu ikut berkempen PRU baru-baru ini. Terlintas dalam fikiran untuk menulis tentangnya. Sewaktu menjadi jentera PRU bagi calon Bebas, aku menugaskan diriku sendiri sukarela menjadi tukar edar risalah/flyers ke rumah-rumah di sekitar Tuaran. Dijadikan cerita setiap kali aku turun dari kereta dan merapati warga belia di kawasan sasaran, rata-rata mereka memberi respon begini, "tiada duit tiada undi". Aku dengan beraninya hanya senyum sambil tunduk tanda hormat lalu pergi dari situ. Sebagai orang yang jarang bertemu dengan manusia yang tidak dikenali memang agak janggal kena dengan rejection macam itu. Tapi aku tidak kisah sebab itu aku sukarela untuk

Tentang saya: Pendidikan

Image
Assalamualaikum wbt dan salam bahagia. Pada artikel yang lepas aku telah berkongsi sejarah bagaimana Achmad.net ini tercipta.  Artikel kali ini pula aku ingin berkongsi tentang sejarah pendidikan yang aku pernah lalui. Aku sebenarnya bukanlah seorang yang pandai dalam pembelajaran. Jauh sekali genius bijak pandai. Aku lahir dari keluarga yang sederhana dan belum mempunyai benchmark dalam prestasi pendidikan. Tetapi aku yakin pada satu iaitu usaha mengatasi kelemahan dan itu yang merubah tahap pendidikanku. Pendidikan rasmi aku bermula pada sekitar tahun 1994 & 19995 di Tadika Kemas Kampung Serusup. Waktu ini aku tidak berapa ingat apa yang aku telah belajar. Gambaran yang ada di dalam ingatan aku hanyalah makan mee sahaja dan pernah merasa gemuruh dan malu ketika masuk ke kelas. Selepas itu, aku telah dipindahkan sekolah ke sekolah Cina iaitu Sjk Chien Sin Tuaran. Pada ketika ini, gambaran yang aku masih ingat adalah diajar bagaimana cara untuk meminta izin ke tandas jika ingin mem

Tentang Saya: Pengenalan Achmad.net

Image
Assalamualaikum wbt dan salam bahagia. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kalian kerana meluangkan masa untuk membaca penulisan saya di Achmad.net ini. Achmad.net adalah sebuah laman web berbentuk blog daripada Google secara percuma untuk saya terbitkan hasil-hasil penulisan dan karya saya sendiri. Mungkin berbentuk ilmiah, hasil pemikiran sendiri atau reaksi terhadap sesuatu isu. Tidak lupa juga jika berkelapangan saya akan berkongsi tentang hobi yang saya suka. Saya sedang membaca SMS di tangga sebuah bilik kuliah di Kolej Matrikulasi Labuan (KML) pada tahun 2007 Kenapa memilih domain name Achmad.net? Achmad.net adalah sebuah domain name yang sangat bernilai untuk dijadikan sebuah personal branding. Ini adalah tanggapan daripada saya sendiri kerana mungkin ratusan, ribuan atau puluh ribuan manusia di dunia ini memiliki nama 'Achmad' terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Salah satunya adalah saya sendiri. Nama saya Achmad Noorafzam Bi