Taati Suami

Kemarin ahad 09.01.2021 (ahad) sementara menunggu bengkel kereta kawan buka, aku sempat lepak depan kedai runcit di satu kawasan sekirar Papar jam7.30 pagi. Aku duduk betul-betul di depan parking kedai tu.

Biasalah, awal pagi baru nampak ramai pekerja baru tiba ke premis masing-masing untuk membuka kedai.

Tiba-tiba sesuatu yang berlaku di depan kedai runcit itu. Pertelingkahan antara suami dan isteri (sebab mereka ada sebut anak). Jarak antara aku dan pasangan tu hanya 2 parking kereta.

Wah.. tragis bagi aku. Awal pagi lagi sudah ada drama. Aku yang sedang menatap YouTube pun terganggu, tapi aku teruskan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Tapi aku pasang telinga dan buat-buat tidak tahu.

Si isteri bekerja di kedai runcit tu (ada baju uniform). Aku perhati si suami hanya menghantar isterinya bekerja di kedai itu. Ya lah, tengok rambut dan pakaian seolah belum mandi dan tidak cukup kemas. Mungkin bergaduh sebab lambat hantar pergi kerja (kedai lebih awal buka tapi dia baru nak datang kerja). Mungkin..

Aku duduk sambil menonton YouTube dan mendengar 'podcast' pertelingkahan antara suami isteri.

Dialog bermula di sini..

"Abang cuma tegur sayang sikit seja pun sayang sudah menengking. Ya abang tau abang belum dapat kerja, tapi janganlah sayang cakap lakimu ni di FACEBOOK kasitau 1 dunia yang lakimu ni tunggul. Abang laki sayang bah! Yang sayang share² di FACEBOOK orang punya masalah tu macam mau kasi kait sama abang seja. Orang ingat kita seja ada masalah. Orang ingat abang ni nda pandai jaga rumahtangga" - Suami.

(Lebih kuranglah bunyi macam tu.)

Ahh.. sudah. Aku dapat tangkap ini kes ber FACEBOOK tidak bertapis ni. Parah.

"Sini depan mata ada kerja kosong bukan abang mau kerja. Jadi apa lagi abang mau sayang cakap kalau bukan tunggul?" - isteri

"Jadi, kalau abang kerja lepastu sayang pun mau kerja, tu anak dalam kereta macam mana?" - suami

"Abang ndak kerja kan, abang jaga lah!" - isteri

"Sayang cakap abang tidak ada kerja, sayang cakap lakimu ni di FACEBOOK tunggul, sekarang sayang suruh abang jaga anak di rumah seja. PANDAI!".

Dalam hati aku, berbincanglah bagus-bagus di rumah. Jangan berteriak depan kedai macam ni sangat memalukan. Drama ni ada lah lebih kurang 5 minit sehingga masing-masing tiba-tiba berdiam, suami balik dan si isteri masuk ke kedai.

================

Kesian.

Maruah suamimu sudah kau tidak jaga. Sedangkan cukup mudah kau mendapat syurga jika kau biasa membaca kisah-kisah sahabat Rasulullah.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Aku melihat dalam neraka, tiba-tiba ramai antara ahlinya adalah wanita. Maka seorang wanita bertanya: “Mengapa ya Rasulullah?” “Rasulullah menjawab: “Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada suaminya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

=============

Setiap hari aku disajikan dengan hasil perkongsian dari rakan FB dari group bermasalah tu. Benarlah zaman sekarang sudah berleluasa sifat memijak maruah suami dek kemodenan sekarang. Suami sudah menjadi bahan ejekan keterbiasaan. Biasa lah, sudah pandai cari duit sendiri.

Yang betul-betul memahami tujuan hidup, tidak akan buatkan rumahtangga mereka tercalar walau sedikitpun di FACEBOOK. Mentaati dan menghormati itu satu kewajipan masing-masing.

Bahasa di media sosial begitulah bahasa di dalam rumah. Biasa memaki di FACEBOOK mungkin begitulah bahasanya di depan suaminya.

Jadilah isteri dan suami yang saling melengkapi. Bincang elok-elok dan fahami tujuan hidup. Elakkan berselisih faham dan bertengkar tentang rezeki kalau kita benar-benar percaya kepadaNya.

Assalamualaikum Salam Isnin guys!

Comments

Popular posts from this blog

Rujukan Homestay atau tempat menarik di Kundasang Ranau Sabah

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?