Posts

Showing posts from 2022

Taati Suami

Kemarin ahad 09.01.2021 (ahad) sementara menunggu bengkel kereta kawan buka, aku sempat lepak depan kedai runcit di satu kawasan sekirar Papar jam7.30 pagi. Aku duduk betul-betul di depan parking kedai tu. Biasalah, awal pagi baru nampak ramai pekerja baru tiba ke premis masing-masing untuk membuka kedai. Tiba-tiba sesuatu yang berlaku di depan kedai runcit itu. Pertelingkahan antara suami dan isteri (sebab mereka ada sebut anak). Jarak antara aku dan pasangan tu hanya 2 parking kereta. Wah.. tragis bagi aku. Awal pagi lagi sudah ada drama. Aku yang sedang menatap YouTube pun terganggu, tapi aku teruskan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Tapi aku pasang telinga dan buat-buat tidak tahu. Si isteri bekerja di kedai runcit tu (ada baju uniform). Aku perhati si suami hanya menghantar isterinya bekerja di kedai itu. Ya lah, tengok rambut dan pakaian seolah belum mandi dan tidak cukup kemas. Mungkin bergaduh sebab lambat hantar pergi kerja (kedai lebih awal buka tapi dia baru nak datan