Jurnal Pemergian Mak Mertuaku (Sida Binti Katuo)

Innalillah wa inna ilaihi roji'uun

Semoga Mak mertua saya ditempatkan orang-orang yang beriman. Alfatihah. Terima kasih jasa dan kebaikan yang diberikan selama 7 tahun mengenal mak.

2.45am
9.10.2021
Sabtu

###### 09.10.2021######

Detik mak mertua pergi:

######

Update jam3.30pagi selesai buat laporan polis. Polis suruh tunggu di rumah mungkin sebelah pagi KKM akan datang bawa jenazah untuk prosedur.

######

Update jam9pagi tadi KKM ada telefon untuk meminta butir-butir jenazah. Dimaklumkan tengah hari nanti mereka akan datang ke rumah.

######

Update jam lebih kurang 8.50 pagi selesai membeli 1 set kain kapan untuk jenazah di Elahizaiton Trading (0198409478) sebaris 99Speedmart Tuaran. Kain Putih (40ela), Kapur Barus (10bks), Kapas (1 bks), Sabun mandi (2bks), Air mawar (1btl), minyak wangi (4btl), kapas telinga (1bks), cendana (1bks), gunting (1pcs) dan setanggi (1bks). Semua RM200.


Keranda dan kenderaan mengangkat khemah difahamkan disumbangkan oleh mimpian hardware kg.serusup. Terima kasih diucapkan.

######

Update jam2.49 petang, KKM tiba di rumah dan membawa mak mertua ke hospital untuk prosedur dan menunggu keputusan covid.


###### 10.10.2021######

Update 7.56 pagi setakat ini belum ada berita untuk jenazah dibawa pulang.

######

Update 10.51 pagi, kami ke hospital tuaran untuk menunggu sebarang perkembangan daripada pihak hospital

######

Update 12.01 petang, hospital tuaran juga sedang menunggu keputusan dari queen 1. Jika keputusan negatif, pihak waris dibenarkan masuk ikut memandikan jenazah. Jika sebaliknya A-Z mengikut prosedur kkm.

######

Update 4.10 petang, dimaklumkan keputusan di queen masih pending.

######

Update 7.36 malam, belum ada berita daripada hospital. Kami merasakan ini sangat lambat dan kesian untuk jenazah. Sambung lagi esok.

######11.10.2021######

Update 7.40pagi dikhabarkan melalui panggilan telefon dari anty yus & kakpijah keputusan tidak rasmi adalah negatif (maklumat dari pakcik junaidi). Kami disuruh untuk bersedia dan ikut mandikan jenazah di hospital tuaran.

Jam lebih kurang 7.50 pagi isteri aku ditelefon oleh seorang doktor tuaran untuk minta diterangkan sejarah penyakit dan kejadian sebelum arwah meninggal.

Jam 7.54 Kami sedang bersiap-siap untuk ke hospital.

######

Update jam9.10 pagi, terima kasih anty yus dan suami (pakcik mail dari kunak) bantu hantar keputusan dari kk ke tuaran. Sekarang tengah menunggu pegawai forensik untuk menyerahkan keputusan.
######

Update jam9.30 pagi, sudah dapat giliran untuk dimandikan. Kami maklumkan keluarga di rumah untuk bersedia urusan gali kubur dan solat jenazah. Van jenazah juga sudah dimaklumkan untuk sedia ambil jenazah di hospital tuaran.
######

Update jam10.34 pagi van jenazah dari kg.Serusup tiba di hospital dan menanti jenazah siap sepenuhnya dimandikan.

######

Update jam1.41 petang selesai dikebumikan. Alfatihah.


##### TAMAT #####

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?