Posts

Showing posts from October, 2021

Jurnal Pemergian Mak Mertuaku (Sida Binti Katuo)

Image
Innalillah wa inna ilaihi roji'uun Semoga Mak mertua saya ditempatkan orang-orang yang beriman. Alfatihah. Terima kasih jasa dan kebaikan yang diberikan selama 7 tahun mengenal mak. 2.45am 9.10.2021 Sabtu ###### 09.10.2021###### Detik mak mertua pergi: http://www.achmad.net/2021/10/mak-mertua-aku-sudah-dijemput-ilahi.html ###### Update jam3.30pagi selesai buat laporan polis. Polis suruh tunggu di rumah mungkin sebelah pagi KKM akan datang bawa jenazah untuk prosedur. ###### Update jam9pagi tadi KKM ada telefon untuk meminta butir-butir jenazah. Dimaklumkan tengah hari nanti mereka akan datang ke rumah. ###### Update jam lebih kurang 8.50 pagi selesai membeli 1 set kain kapan untuk jenazah di Elahizaiton Trading (0198409478) sebaris 99Speedmart Tuaran. Kain Putih (40ela), Kapur Barus (10bks), Kapas (1 bks), Sabun mandi (2bks), Air mawar (1btl), minyak wangi (4btl), kapas telinga (1bks), cendana (1bks), gunting (1pcs) dan setanggi (1bks). Semua RM200.

Mak Mertua aku sudah dijemput Ilahi

Image
Jam lebih kurang 2.44 pagi aku dikejutkan oleh isteriku Darma. Darma: "Bang tiada sudah mama". Aku: "Apa?". Aku terjaga terkebil-kebil dan terkejut. Darma: "Mama sudah tiada. Abang kasitaulah mama abang tiada sudah mama". Aku pun cuba menelefon ibuku yang sedang tidur di biliknya. Tidak sampai seminit ibuku menjawab telefon. Aku: "Ma, buka pintu". Aku meminta ibuku untuk buka pintu untuk masuk memberitahu keadaan. Takut nenek aku terjaga dari tidur di ruang tamu. Mama: "kenapa?". Aku: "Tiada sudah mama si darma". Situ lah bermulanya detik khabar kematian ibu mertuaku. Jenazah disahkan meninggal dunia pada jam2.45 pagi oleh anaknya sendiri. Aku pun meneliti semula SOP MKN SABAH. Dinyatakan kematian di rumah, terus membuat laporan di balai polis atau pusat kesihatan terdekat. Aku bersama anak saudaraku bergerak ke Balai Polis Tuaran untuk memaklumkan kejadian. Syukur selesai membuat laporan lebih kurang jam3.30 pagi, pihak polis