Terima Kasih Warga Tuaran

Terima kasih warga kita yang sudi dan rajin share posting aku sebelum ini ya.

Aku percaya yang aku mungkin adalah seorang introvert atau mungkin istilahnya pemalu bila berada di situasi publik. Tapi kebelakangan ini aku semakin berani sebab sedar sifat ini kadang-kadang membosankan dan tak membawa faedah besar untuk diri aku.

So apa aku buat, grab a camera, point and shoot & sharing. Pembelian kamera yang agak berbaloi dan sekurang-kurangnya membawa faedah kepada masyarakat dan ekonomi peniaga kecil.

Biarlah aku dikecam dikatakan suka menunjuk di media sosial. Tapi sebenarnya 1 jari telunjuk menunjuk kelemahan orang sedangkan 3 jari lainnya menunjuk kelemahan dirinya sendiri. 

By the way, gambar di bawah ini postingan pada minggu ini. Perkongsian biasa-biasa saja hanya untuk rakaman sendiri tapi beri sambutan baik. Alhamdulillah aku doakan bisnes korang semua baik-baik belaka.

#######

Ada satu lagi video tapi di youtube aku berkenaan tomyam paling sedap. View dia dalam beberapa hari sudah cecah 1.8k sedangkan subscriber aku hanya 2 3 orang saja.

https://youtu.be/6fhLBn2TK1c

#######

Semalam sempat upload video aktiviti seharian kemarin. New vlog episod 12.

https://youtu.be/4Zyur4dDIBs

#######

Fyi, channel youtube aku yang baru ni dicipta pada 2 September 2021. Tak cukup sebulan lagi. Khusus untuk rekod pengalaman dan family sahaja. ♥️

#######

ASSALAMUALAIKUM & GOOD MORNING!

#achmadnoorafzam

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?