Maafkan semua orang

Bengkok macam mana pun akhlak dia, aku, kau, kita, kamu, kami, anda, saya, mereka...

Tak akan sama pengakhiran nanti. Selagi pintu taubat masih terbuka.

Jangan sombong amat ketika iman sedang menebal dengan merasa kita seperti pilihan Tuhan, orang lain pula gagal dalam amalan.

No.

Perjalanan masih jauh.
Doa² baik saja dengan sesiapa.

Aku pun belajar memaafkan.
Belajar bersangka baik sudah.

Dulu siap pemimpin² politik aku maki hamun, macamlah aku ni perfect sangat, thinker la sangat, genius la sangat.

Sekarang aku belajar mendoakan yang baik-baik untuk semua orang. Layan sisa hidup tenang-tenang.

Dah berapa ramai orang yang kita kenal mati duluan dari kita. Tak sempat minta maaf atas keterlaluan bahasa semasa hayat. Bila nafasnya berakhir, rasa bersalah tidak sempat aku meminta maaf. Ruginya aku!
.

Kalau kita layak lahir di bumi ini, takkan kita tidak layak menjadi lebih baik hingga pengakhiran hayat?

Maafkan aku, doakan aku.

Selamat malam semuanya kepada yang mengenali diriku yang kerdil ini. Nunite..

######
Seminggu ni berkali datang ke hospital untuk melawat mak mertua. Sudah hari ke-7 masih belum boleh balik.
.
Setiap hari datang ke sana, kelihatan mesti ada sekurangnya 1 orang pesakit yang meninggal. Tak pastilah sebab covid atau tidak. Tapi hari-hari tengok orang menangis ahli keluarga mereka meninggal.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?