Hidup kita sedang diracuni impian. Elakkan!

Hidup sekarang ni putarannya pelik.

1. Setiap manusia berlumba cari rezeki (wang) pelbagai cara. Impian menjadi kaya dan bebas hutang.

2. Bohonglah kalau tiada impian begitu. Tak capai tak apa, asalkan dapat apa yang ada sudah cukup. Bila iman kuat, bersyukur. Bila iman lemah, sentiasa rasa kepayahan secara tidak sedar.

3. Kita tidak perfect. Kita akui itu.

4. Tapi kita sudah masuk dalam dunia kepelikan. Branding, marketing semua nya memang kerana mencari duit. Jangan tipu diri sendiri. Ianya benar. Asasnya nak mendapatkan duit.

5. Maka wujudlah tektikal-tektikal marketing untuk tujuan itu. Tak kira lah dalam bentuk apa marketing itu. Ada yang ambil pendekatan perkongsian ketuhanan, ada ambil pendekatan sosial enterprise.

6. Hati-hati di mana kita sebenarnya. Ya, kita cakap kita lurus. Tapi hati ini asyik berbolak balik. Pandai menyuntik keinginan mencapai hasrat utama iaitu duit.

7. Sekali lagi, kita berhati-hati.

8. Akhir sekali, nak lawan perasaan tu hanyalah satu jalan sahaja.

9. Jalan ini mampu memadam apa pun sifat buruk.

10. Itulah namanya Ikhlas.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?