Hari ini umur perkahwinan kami 6 tahun 8 bulan 30 hari

Semalam masuk 6 Tahun 8 Bulan 29 Hari sejak kami sah mendirikan rumahtangga.

Alhamdulillah, ujian seminggu sebelum nikah, sehari selepas nikah, 3 bulan pertama, 6 bulan, setahun, 3 tahun, 5 tahun berumahtangga sudah ditempuhi dengan pahit manis dan bersabar.

Sepanjang berumahtangga hampir 7 tahun ini, hanya 2 kali kami bergaduh. Sebelum menimang cahaya mata dan selepas menimang cahaya mata. Pergaduhan yang agak minima. Tiada suara tinggi. Tiada cakar mencakar apatah lagi cubit atau pukul. Kami hanya berdiam dan mengasing diri. Ego kami berdua cukup tinggi.

Tapi, mungkin oleh kerana masing-masing menghormati fungsi isteri dan suami, salah satu akan memujuk. Tengoklah siapa yang sejuk dulu. Tak mahu lama sangat bergaduh. Cukuplah paling lama 24jam.

Korea-korea sikit. Sejuklah tu.

Teringat ketika bergaduh kali ke-2 lalu dan berbaik semula, beberapa hari selepas itu barulah kami cerita balik kejadian pergaduhan lalu. Waktu tu dua-dua sudah sejuk hati, tepi pantai bawa anak memain pasir. Kemudian cerita sebab dan akibat. Akhirnya kedua-dua kami masing-masing rasa malu bila cerita balik kenapa bergaduh. Rasa tak berguna langsung.

Perasaan..

Perasaan ketika bergaduh suami isteri ni, sangat fragile. Mudah berbolak balik. Hati kita sentiasa dicucuk dalam-dalam dibisik-bisik sang durjana.

Tapi bila kita kuat, kita fikir keluarga dan masa depan, kita akan rasa semua ni hanya membuang masa.

Iya lah..

Bergantung apa penyebab pergaduhan itu. Ada yang bergaduh kerana wujud orang ke-3 dalam rumahtangga. Alhamdulillah kami bersih dari masalah ini dan mohon dijauhkan.

Cemburu? Cemburu tanda sayang. Tapi jangan berlebih-lebihan sehingga tak boleh di kawal. Ibarat air yang diisi hingga bertumpahan. Ibarat air terjun mengalir tanpa henti. Ini cemburu yang menyusahkan, hidup tak aman dan sentiasa ketakutan.

Kami family oriented. Selalu berkongsi soal anak-anak juga tanpa perasan single di media sosial. Perasan single boleh buat bahana dalam hubungan suami isteri.


Semalam kami dating bersama mencari jam tangan. Rupanya kami sudah lama tidak memakai jam tangan. Asyik bergantung masa dengan telefon. Selepas masing-masing memiliki jam (bukan jam couple pun, sebab citarasa kami selalunya tak sama) kami singgah makan dan borak lama.

Thanks for being my half.

Doakan kami kekal. Another journey to go. Mengharungi ujian 10 tahun berumahtangga.

Achmad Noorafzam
12.09.2021
Kota Kinabalu

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?