Ciri-ciri Check-out MySejahtera kemaskini yang bijak

Ciri-ciri 'Check-out MySejahtera sudah menjadi bahan kritik.

Aku sebagai orang yang memahami sedikit sebanyak tentang logik programming dan keperluan asas pada sesuatu sistem membawa aku berfikir sejak tentang fungsi check-in dan pengesanan orang bergejala dari awal lagi.

Dulu aku berfikir, jika aku check-in pada jam10 pagi dan keluar dari premis pada jam11 pagi (tanpa fungsi check-out), dan bila mana tiba-tiba ada orang yang bergejala check-in di tempat yang sama pada hari yang sama maka kemungkinan besar sistem akan kesan yang kami sedang berada di premis dalam tempoh waktu yang sama.

Sebaliknya jika ada fungsi check-out ini, orang bergejala itu check-in ke premis selepas aku check-out, maka sepatutnya aku tidak dikategorikan sebagai kategori kontak rapat dalam premis.

Dan... Apabila pelanggan lain masuk ke premis dalam tempoh orang bergejala itu sedang berada di dalam premis yang sama maka mereka juga boleh dikesan sebagai 'Casual Contact No Symptoms' dan sebagainya.

Begitulah logik yang sepatutnya kita hargai usaha untuk mengawal penularan c19 menggunakan sistem pengesanan.

Nota:
Aku baru sahaja mendapat status biru kepada kuning iaitu 'Casual Contact No Symptoms'. Dikatakan aku masih boleh bekerja seperti biasa tanpa perlu kuarantin dan swab. Ini berlaku selepas kami masuk ke kompleks karamunsing kelmarin. Kemudian semalam cuba membeli pesanan makanan di KFC, aku tidak dibenarkan masuk. Status ini akan kekal sehingga 10hari.

Inilah keperluan fungsi check-out. Tanpa fungsi ini, sesiapa pun boleh dikesan dan berubah dari biru ke warna lain tanpa kita ketahui time-period orang yang ada covid masuk premis dan orang yang tiada covid masuk premis.

Pemilik premis pun boleh lakukan pembersihan sanitasi di premis mereka.

Maka bagi aku fungsi ini bagus dan boleh ditambah baik lagi. Syabas!

Good Morning Sunday!

5.09.2021
Tuaran

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?