UBAH GAYA HIDUP MEMBUAH HASIL UNTUK TURUN BERAT BADAN

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberi kesihatan yang baik sehingga hari ini.

18.08.2021 yang lalu aku telah memuat naik gambar sedang menjamah kuih dari Secret Recipe Tuaran. Tidak disangka ada yang perasan perubahan saiz badan aku.
Ya benar, berat badan aku sudah lama susut kerana aku benar-benar jaga pemakanan. Aku telah berjaya ubah gaya hidup daripada kaki makan kepada seorang yang jarang berasa kenyang.

Teringat hampir setahun lalu, gaya hidup aku tak sah kalau tak makan. Aku sentiasa mencari makanan untuk ditelan sehingga berasa kenyang. Waktu itu aku tidak pernah lapar. Sentiasa berasa kenyang seperti firaun.

Jadi, komen kawan-kawan di Facebook membuatkan aku lebih bersungguh-sungguh untuk kekalkan semangat untuk lebih sihat.
Ketika ini, aku bercadang untuk kekal dengan berat di bawah 77 hingga 78kg, dan akan fokus kepada beraktiviti berat.

Sebelum ini, bermula berat 92.5kg aku hanya mengubah gaya hidup pemakanan sahaja tanpa beraktiviti berat. Ini disebabkan aku perlu jaga sendi-sendi yang aku khuatir jika dipaksa akan menyebabkan kecederaan.

Diharapkan aku lebih beristiqomah untuk lebih sihat!

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?