Mencari kebenaran vaksin dan dajjal

Ada juga dalam kenalan aku masih dan asyik mempertikai vaksin, tak habis-habis mengaitkan tentang dajjal.

Seperti yang aku katakan sebelum ini, ini adalah pilihan masing-masing. Aku yang pilih untuk terima vaksin ini, aku bertanggungjawab 100% atas pilihan aku dan alhamdulillah akidah ini masih utuh.

Begitu juga anda wahai sahabatku. Pilihanmu untuk tolak itu adalah tanggungjawab mu sendiri. Aku akui itu hak masing-masing.

Sahabat,

Aku amat menantikan kemunculan Imam Mahdi a.s (IM) untuk bantu selesaikan masalah kita. Menyatukan dan memimpin seperti yang kita tahu peranan IM ketika kemunculannya. Bantu pimpin kita buat do's and dont's. Kita akan lalui 1 masa yang dipimpin oleh IM a.s untuk disatukan.

Hakikatnya, telah ramai umat telah ambil vaksin. Adakah umat ini dilabel sampah di mata IM nanti?

Tidak mungkin baginda IM a.s akan ketepikan, menolak dan mengasingkan hati-hati yang masih kekal akidahnya kepada yang Esa? Adakah tugasnya untuk mengasingkan?

Tetapi kenapa pula sahabat hari ini seolah-olah mengasingkan. Sahabat telah over react mengaitkan hal ini dengan dajjal.

IM a.s adalah Insan yang kita amat percaya untuk memimpin kita kelak. Mengapa sahabatku pula hari ini asyik mempertikai tindakan aku seolah-olah aku terpesong kerana Dajjal?

Jangan begitu sahabatku,

Dajjal itu belum pun muncul. Tidak ada sesiapa yang berjumpanya untuk beri strategi penyesatan. Ahli-ahlinya sahaja yang sedang merangka strategi dengan membuat ritual penyembahan untuk menyesatkan demi menanti kemunculannya. 

Sahabatku,

Seperti juga media hiburan termasuk platform FB, TikTok ini adalah bahannya. Kita yang pilih untuk guna atau pun tidak. Sama lah seperti vaksin. Kita bertanggungjawab atas penggunaan dan pengambilannya.

Jika diikutkan, media ini lebih jahat daripada vaksin. Mengandungi feed berkenaan false news, feed pelbagai kemaksiatan, feed fitnah memfitnah, feed cenderung mengajak kebatilan secara halus. Sehinggakan sahabat sendiri bergantung penuh terhadapnya kerana di sinilah platform sahabat mencari rezeki. Tak sanggup delete account bukan? Walhal platform ini juga sekian lama sejak dahulu lagi telah dikaitkan dengan rancangan dajjal. Dah lama sejak dulu.

Apa bezanya dengan vaksin sahabat? Alasan aku vaksin kerana ingin teruskan hidup demi sesuap nasi juga. Tidak sanggup stay-at-home tanpa berbuat apa-apa dan membahayakan diri dan orang lain. Tanggungjawab aku untuk sekeliling juga. Tidak ada tanda penyesatan kerana Dajjal.

Jika sahabat perhitungkan keberkesanan vaksin, ya.. itu aku setuju. Kesan sampingan dan sebagainya..... Tetapi jika asyik dikaitkan dengan dajjal, sahabat perlu pertimbangkan kasut yang sahabat sedang gunakan. Kerana sebelahnya sahabat telah pakai, tetapi sebelah lagi tidak. Mengapa tidak memilih untuk tidak memakai kedua-duanya kasut itu bukan?

Tahukah sahabatku,

Setakat hari ini, 2 golongan yang tidak dapat masuk ke Pintu Mekah dan Madinah. Pertama adalah Dajjal (memang tak boleh masuk tanah haram pun) dan yang kedua adalah 'unimmunized' as vaccination (traveling pun tak lepas, semua gov tak lepaskan). Setakat ini sahabat dan dajjal dah sama, tak dapat masuk.

Maafkan saya sahabat.
Salam Subuh, salam Jumaat.

Achmad Noorafzam
27.08.2021
Tuaran

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?