IJAZAH BUKAN KUNCI KEJAYAAN TAPI PENGALAMAN

Aku sebenarnya sejak tahun 2007, aku sudah nekad untuk tidak sambung belajar lagi. Aku fikir mahu kerja sendiri. Tahun 2008 ditakdirkan masuk UMS. Seingat aku, pilihan UPU dari pilihan 1 hingga 8 aku letak UMS pelbagai jurusan (hentam-hentam saja asalkan dapat Universiti terdekat).

Dah masuk U, aku banyak fokus buat kerja luar, buat duit. Belajar? Tak seberapa. Sebab belajar IT bagi aku boleh self-learning melalui Google. Lebih real-world berbanding belajar ikut fundamental buku.

Selepas dah dapat ijazah, baru banyak masa buat self-learning dunia coding/programming. Tapi tak berhasrat untuk bekerja di mana-mana company. Tak minat. Masa tu lebih minat buat laluan kerjaya sendiri. Belajar sendiri. Tingkatkan skil kendiri.

Pernah juga berpeluang bekerja sebagai kakitangan kerajaan Gred 41 (cukup bagus bukan?). Kemudian aku resign. Aku buat halatuju sendiri juga. Walaupun aku sayang pekerjaan lama aku, aku rindu untuk bangunkan institusi tu. Masa itu umur aku masih di bawah 30 tahun.

Bila capai umur 30, baru aku fokus kekal untuk teruskan apa yang aku mahu. Aku terlalu family orientation. Sebelum kahwin hingga selepas kahwin. Tak sesuai kerja makan gaji kerana masa aku bukan untuk majikan. Tetapi keluarga.

Syukur sekarang ada kerja sendiri. Boleh lah cover macam-macam kos termasuklah takaful untuk family, bayar tax, upah-upah orang kerja, simpanan-simpanan, keperluan rumah, keperluan family, yang aku kira kalau masih makan gaji confirm negatif. Tapi tak lah sebenefit yang kerja kerajaan lebih secure ada pencen. Bezanya juga masa. Aku banyak masa dengan anak-anak. Hampir 99% anak membesar di depan mata. Berpisah hanya sejam dua.

Ketika COVID ini pula, makin mencabar suasananya. Jadi aku yang bekerja sendiri ini mesti lagi bijak supaya boleh cipta pencen sendiri. InshAllah tidak lama lagi.. doa-doakan ya. Kita yang kerja sendiri ni sekarang semua sama sahaja. Sentiasa hidup mencabar dan dicabar. Tapi nikmati saja.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?