AMBIL VAKSIN & TOLAK VAKSIN

Puas juga berborak, berdebat pun ada dengan kawan yang tak mahu bervaksin sempena covid ni. Tapi aku bukanlah orang yang sesuai untuk menerangkan kelebihan dan kekurangan vaksin.

Untuk aku macam ni, aku realistik.

1. Aku pun rindu jemaah di masjid juga. aku perlu vaksin penuh. So, bila vaksin penuh, aku dah boleh ke masjid tanpa halangan. Dah ramai persoalkan ini kan. Tapi sebelum berlaku zaman covid ni, mana-mana masjid paling ramai pun masa jumaat dan hari raya. Waktu lain 1 saf pun tak penuh. Bila tak penuh, kita diam bukan ajak ramai-ramai ke masjid. Sebab fikir dunia sangat. Bila tabligh datang rumah kita buat-buat jadi invisible. Perempuan lagi lah tak ada. Kalau ada pun di masjid-masjid utama. Di kampung aku, hanya 1 ustazah yang kerap hadir masjid setiap waktu. Tapi arwah sudah pergi. Alfatihah untuk arwah. Soal nak rapatkan saf, tanya diri sebelum ni korang solat rapat-rapat seperti dianjurkan kah? Nak dapat bahu bertemu bahu pun susah.

2. Apa yang masuk dalam badan aku, itu tanggungjawab aku sendiri. Mulanya aku tolak secara diam untuk tidak mengambil vaksin. Kerana kononnya masih meragui. Tapi bila mysejahtera jemput, Allah bagi takdir untuk aku terima dengan hati terbuka. Selepas ambil 2 dos, aku tidak ada apa-apa masalah. Lebih yakin untuk teruskan hidup cari sesuap nasi. Aku tak mahu mereput stay-at-home tunggu bantuan kerajaan apa lagi bantuan kawan-kawan. Aku perlu cari duit. Aku tak sama dengan kawan-kawan yang hujung bulan ada gaji. Realisitik!

3. Aku fikir, aku tidak kuat untuk merasa sakaratulmaut kalau aku kena covid sehingga tahap akhir. Amalan tak cukup untuk akhirat. Bekalan masih kosong. Jadi, aku sanggup ambil 2 dos untuk InshAllah lebih panjang umur supaya boleh ada masa tambah bekalan akhirat. Ramai dah pergi dulu sebab covid, takkan aku tak nampak lagi mana bahaya covid ni.

4. Cakap macam mana pun keburukan vaksin, tapi aku cuba positif kerana ia 1 pun tidak mengubah akidah aku. Secara realistik, aku perlu teruskan hidup untuk anak isteri. Walaupun takaful ada tapi ia bukan bermaksud ianya boleh membeli nyawa. Tapi aku berkeinginan untuk lebih panjang umur untuk selesaikan hutang bank yang masih ada. Tak mahu aku mati berhutang.

5. Soal double standard, ada yang berikan contoh pakai helmet risiko kepala pecah rendah. Tak pakai helmet risiko kepala pecah tinggi. Ada yang persoalkan double standard kenapa tak kena vaksin tak boleh masuk masjid, mall dan sebagainya? Jadi aku positif kononnya sebab KALAU tak pakai HELMET dah tentunya tak boleh naik motor melepasi SJR. Entahlah ini perumpamaan orang cipta semata-mata.

6. Pilihan kan masing-masing. Ada yang tolak vaksin itu hak mereka kerana tak mahu ada apa² benda masuk dalam tubuh badan. Tapi, kena bersedialah apa kemungkinan dan terima limitasi yang ada. Mungkin selepas herd immunity 1Malaysia, akhirnya mereka yang tolak vaksin dah tiada limitasi. Kena bersabar menunggu sikit lah.

7. Yang dah lengkap dos, realisitik dari segi penerimaan negara lain juga. Aku lepas ni mahu melancong. Mewajibkan vaksin penuh. Jadi aku tak mahu mereput di Sabah saja. Mahu juga merasa melancong, umrah dan haji.

8. Seperti juga panadol. Aku sangat anti panadol. Sebab aku percaya panadol ni membuatkan hati/liver aku rosak. Tapi aku ambil juga bila amat-amat perlu. Atas dasar ikhtiar. So, pengambilan tu adalah 100% tanggungjawab aku. Sama seperti ivermectin, ada yang hebahkan kononnya membantu pesakit covid. Tapi aku tak nak ambil lagi sebab aku tak tahu lagi kesan dan aku 'belum' kena covid dan aku tak tahu covid tu macam mana. Mungkin ambil sebagai ikhtiar jika perlu.

9. Please... Kita mahu vaksin atau tidak itu pilihan masing-masing. Jangan menghasut siapa-siapa untuk tolak vaksin. Orang lain ada hak menerimanya dengan pelbagai alasan tersendiri.

10. Akhir, yang tak mahu vaksin jangan rasuah pihak tertentu semata-mata untuk dapatkan sijil vaksin. Jangan buat ya.. Nanti buruk nama dan merendahkan taraf antivaksin.

Achmad Noorafzam
23.08.2021
Tuaran, Sabah

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?