Puas juga berborak, berdebat pun ada dengan kawan yang tak mahu bervaksin sempena covid ni. Tapi aku bukanlah orang yang sesuai untuk menerangkan kelebihan dan kekurangan vaksin. Untuk aku macam ni, aku realistik. 1. Aku pun rindu jemaah di masjid juga. aku perlu vaksin penuh. So, bila vaksin penuh, aku dah boleh ke masjid tanpa halangan. Dah ramai persoalkan ini kan. Tapi sebelum berlaku zaman covid ni, mana-mana masjid paling ramai pun masa jumaat dan hari raya. Waktu lain 1 saf pun tak penuh. Bila tak penuh, kita diam bukan ajak ramai-ramai ke masjid. Sebab fikir dunia sangat. Bila tabligh datang rumah kita buat-buat jadi invisible. Perempuan lagi lah tak ada. Kalau ada pun di masjid-masjid utama. Di kampung aku, hanya 1 ustazah yang kerap hadir masjid setiap waktu. Tapi arwah sudah pergi. Alfatihah untuk arwah. Soal nak rapatkan saf, tanya diri sebelum ni korang solat rapat-rapat seperti dianjurkan kah? Nak dapat bahu bertemu bahu pun susah. 2. Apa yang masuk dalam badan aku, itu t