Takut pada kolestrol tapi kenapa tak takut pada keradangan?

Hari ini, salah satu benda baru yang aku belajar adalah bagaimana mengawal penyakit dalam badan. Umumnya pelbagai penyakit terutama jantung.

Kita terlalu takut pada kolestrol sedangkan kolestrol adalah berguna untuk hormon dan melengkapi vitamin D.

Namun, jika ada masalah pada saluran darah pada jantung, ia akan masuk untuk 'memulihkan' namun ianya teroksida dan triggered sebagai benda asing.

Apabila sistem dalam badan detect ia sebagai benda asing, sel darah putih pun masuk untuk nyahkan bendasing tersebut. Akibatnya banyak sel darah putih bekerja dan memakan kolesterol teroksida tersebut menyebabkan ia terkumpul pada saluran darah. Maka saluran itu menjadi sempit.

Maka, doktor pun bagi ubat kolestrol. Tapi sakit jantung masih ada. Tak pandai baik-baik. Jadi, bergantunglah mereka dengan ubat kolestrol sampai bila-bila.

Walhal, penyebab utama adalah saluran darah tadi 'bocor'. Ia disebut keradangan. Masalah utama kita tidak fokus membaiki PUNCA keradangan tersebut.

Terlebih kolestrol itu perkara lain. Jaga pemakanan sebaiknya yang cukup untuk badan.

Bila kita tidak fokus punca keradangan, kita masih mengekalkan gaya makanan tidak sihat setiap hari. Sebab itu berlaku sakit itu sakit ini di dalam badan.

Keradangan berlaku di mana-mana dalam badan. Termasuklah saluran-saluran darah dekat buah pinggang, sendi-sendi dan sebagainya. Akibat itu, organ terlibat tidak dapat berfungsi dengan baik akhirnya gagal berfungsi.

Jadi, amalan makanan sihat sangat penting untuk kekal sihat dalam dan luar badan.

Penyebab utama keradangan adalah amalan pemakanan berproses termasuk gula pasir, tepung, transfat yang sangat banyak dalam industri pemakanan di Malaysia.

Sebenarnya makanan di Malaysia adalah unik, sedap dan berkhasiat termasuklah biryani kambing, kari daging, nasi lemak dan sebagainya. Tetapi pastikan ORIGINAL. Makan ayam, daging yang diternak secara 100% organik. Makan sayur-sayuran tanpa racun pertanian, Buah-buahan asli tanpa engineered untuk tambah kemanisan.

No Milky Tea, air manis tepi jalan.
No Processed patty burger. Buat patty sendiri lebih sihat.
No nugget, sausage.
No Instant Noodle
No Milo
No white rice high GI.

Segala NO di atas adalah salah satu punca keradangan.

Dah tau itu, then makanlah makanan yang anti-keradangan & anti-oxdian.

Sekian,
Wallahua'lam

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?