AMALAN PEMAKANAN SIHAT

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, sehingga hari ini aku dapat bernafas dan menikmati kesihatan yang ada.

Hari ini adalah Hari Raya Ke-3 bersamaan dengan 15.05.2021 (Sabtu). Pada hari ini juga aku telah mengamalkan Intermittent Fasting dan InshAllah akan cuba mengikuti gaya pemakanan Rasulullah SAW.

Berikut adalah amalan pemakanan yang aku gunakan untuk mengekalkan kesihatan harian. Kesihatan yang aku pentingkan adalah kesihatan organ dalaman agar lebih panjang umur dan tidak menghidapi sebarang penyakit ketika tua nanti:

PAGI JAM7 (atau sebaiknya selepas solat subuh)
- 1 gelas air campur 1 sudu madu, 1 sudu cuka apple. Aku gunakan ACV brand Bragg dan ianya Kosher iaitu halal dimakan.

TENGAH HARI (ketika lapar sahaja)
- 1 senduk nasi parboiled (lebih bagus elakkan nasi kalau boleh).
- lebih Sayur-sayuran (timun, brokoli, cauliflower, kubis)
- Jangan ada daging (jika makan, jamah hanya sedikit)
- Ikan jenis ikan putih, ikan merah masak yang berkunyit dan berminyak (minyak kelapa, atau minyak zaitun, sekurangnya minyak kelapa sawit)
- Kalau tiada ikan, boleh ganti 1 biji telur ayam rebus atau goreng dengan minyak sihat. Makan kuning dan putihnya.

PETANG (Makan Malam ketika lapar sahaja)
- Roti wholemeal (tanpa inti) cecah dengan 1 sudu cuka apple.

NOTA:
1. AIR bagi minum ketika nenek dahaga sahaja. Jangan terlalu banyak.
2. MAKAN ketika lapar sahaja.
3. Jangan bagi makanan lain sebelum waktu rasa lapar.
4. Elakkan gula, kurangkan garam.

Jadual pemakanan ini InshAllah akan memastikan badan ini hanya membakar tenaga daripada lemak dan sedikit dari karbohidrat. Tujuan asal adalah untuk menyeimbangi kadar insulin di dalam badan.

Sekiranya anda berminat untuk menjaga kesihatan, boleh cuba jadual pemakanan ini.

Achmad Noorafzam
15.05.2021

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?