Posts

Showing posts from May, 2021

APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG MADU?

Image
Artikel ini adalah artikel daripada Dr Suri Roowi yang sangat bermanfaat untuk kita. Silakan baca dan layari facebook beliau  . . Saya terpanggil untuk berkongsi makumat tentang artikel berkenaan madu yang menjadi tular dalam media sosial baru-baru ini yang mungkin agak mengelirukan Soalan 1. Adakah madu sesuai diambil bersama garam? Jawapan Penggunaan garam yang tinggi akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu. Fungsi enzim dalam madu adalah untuk membantu memecahkan bahan-bahan berkhasiat dan membantu memecahkan bahan seperti karbohidrat dan protein. Pengambilan madu beserta garam akan menurunkan aktiviti enzim dalam madu dan secara tidak langsung ianya akan mengurangkan khasiat madu tersebut. Soalan 2. Bagaimanakah bahan berkhasiat dalam madu diserap dalam badan? Jawapan Kenyataan yang menyatakan bahawa makanan yang berada dalam perut melebihi 20 jam akan menyebabkan keracunan adalah kurang tepat. Kajian yang saya lakukan menunjukkan bahawa kebanyakan bahan berkhasiat (p

Takut pada kolestrol tapi kenapa tak takut pada keradangan?

Image
Hari ini, salah satu benda baru yang aku belajar adalah bagaimana mengawal penyakit dalam badan. Umumnya pelbagai penyakit terutama jantung. Kita terlalu takut pada kolestrol sedangkan kolestrol adalah berguna untuk hormon dan melengkapi vitamin D. Namun, jika ada masalah pada saluran darah pada jantung, ia akan masuk untuk 'memulihkan' namun ianya teroksida dan triggered sebagai benda asing. Apabila sistem dalam badan detect ia sebagai benda asing, sel darah putih pun masuk untuk nyahkan bendasing tersebut. Akibatnya banyak sel darah putih bekerja dan memakan kolesterol teroksida tersebut menyebabkan ia terkumpul pada saluran darah. Maka saluran itu menjadi sempit. Maka, doktor pun bagi ubat kolestrol. Tapi sakit jantung masih ada. Tak pandai baik-baik. Jadi, bergantunglah mereka dengan ubat kolestrol sampai bila-bila. Walhal, penyebab utama adalah saluran darah tadi 'bocor'. Ia disebut keradangan. Masalah utama kita tidak fokus membaiki PUNCA keradangan te

AMALAN PEMAKANAN SIHAT

Image
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, sehingga hari ini aku dapat bernafas dan menikmati kesihatan yang ada. Hari ini adalah Hari Raya Ke-3 bersamaan dengan 15.05.2021 (Sabtu). Pada hari ini juga aku telah mengamalkan Intermittent Fasting  dan InshAllah akan cuba mengikuti gaya pemakanan Rasulullah SAW. Berikut adalah amalan pemakanan yang aku gunakan untuk mengekalkan kesihatan harian. Kesihatan yang aku pentingkan adalah kesihatan organ dalaman agar lebih panjang umur dan tidak menghidapi sebarang penyakit ketika tua nanti: PAGI JAM7 (atau sebaiknya selepas solat subuh) - 1 gelas air campur 1 sudu madu, 1 sudu cuka apple. Aku gunakan ACV brand Bragg dan ianya Kosher  iaitu halal dimakan. TENGAH HARI (ketika lapar sahaja) - 1 senduk nasi parboiled (lebih bagus elakkan nasi kalau boleh). - lebih Sayur-sayuran (timun, brokoli, cauliflower, kubis) - Jangan ada daging (jika makan, jamah hanya sedikit) - Ikan jenis ikan putih, ikan merah masak yang berkunyit dan berm