Syarikat Faiza Sdn Bhd menjawab soalan tentang keaslian beras basmati mereka

Beberapa hari lalu aku telah menghubungi Syarikat Faiza Sdn Bhd untuk mendapatkan kepastian berkenaan beras jenis basmati.

Soalan aku,

Assalamualaikum wbt, saya ingin bertanya, adakah beras basmati keluaran syarikat faiza adalah beras basmati asli atau refined basmati?

Aku tambah lagi,

Baik. Untuk makluman sahaja ya, pertanyaan tersebut penting kepada pesakit pre-diabetes yang bercadang untuk mencari makanan alternatif untuk kesihatan. Kerana berdasarkan dapatan dari beberapa artikel menyatakan basmati adalah baik berbanding beras yang lain untuk kesihatan.

T.kasih.

*Untuk makluman, aku bukanlah seorang pesakit pre-diabetes. Tetapi hanya sekadar ingin mengetahui jenis beras yang boleh dijadikan alternatif untuk aku lebih berhati-hati dalam mengkonsumsi makanan.

Lalu ini jawapan ringkat daripada mereka,

Beras basmathi kami adalah beras yang diimport dari Pakistan melalui PadiBeras Nasional Berhad (BERNAS). 
Beras yang dibeli dari pembekal kami ialah beras putih yang telah melalui proses pembuangan kulit,
(hull), sekam (husk) dan dedak (bran). Mungkin ini yang dimaksudkan tuan beras asli. Kebanyakan jenis beras basmathi, wangi, tempatan dan lain-lain yang terdapat di pasaran adalah beras putih yang telah melalui proses ini melainkan beras perang (brown rice) yang hanya dibuang kulit luar tetapi masih mengekalkan sekam dan dedak. Disebabkan itulah beras perang berwarna kekuningan.

Walaupun begitu bagi mereka yang mempunyai masalah diabetes dan obesiti, kami ingin 
mencadangkan beras basmathi Faiza Moghul Parboiled yang mempunyai indeks glicemik yang rendah. Begitu juga tuan boleh mencuba beras Ponni Taj Mahal yang mempunyai karobidrat yang rendah. Kajian atas dua beras kami ini telah dilakukan oleh Jabatan Nutrisi dan Dietitik, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

..........TAMAT.......

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?