Polisi Kerajaan terhadap solat berjemaah secara berjarak adalah 'double standard'?

KAMI PATUH SOP


Sebenarnya kadar pematuhan SOP KKM dengan penjarakan 1meter adalah kadar 100% is 'bullshit'.

Kenapa?

Sebab, pematuhan itu hanya berlaku ketika acara berlaku (dalam pengawasan). Contoh:
1. Guru sedang mengajar pelajar di kelas.
2. Solat jemaah di ruang solat. Ini asal masuk ruang solat, ramai yang auto patuh SOP.
3. Berbaris untuk masuk ke pasar malam, pasar ikan, pasaraya.

Hakikatnya, tidak.

Cuba lihat aktiviti sebelum acara dan selepas acara di luar pengawasan.
1. Pelajar berkumpul sesama rakan sebelum dan selepas balik dari sekolah. Terutama selepas waktu sekolah, mereka bebas tanpa pengawasan seperti tiada apa berlaku.
2. Sebelum dan selepas solat jemaah. Auto bersesak untuk keluar dari pintu ruang solat. Ada yang bersalam dan berdakap.
3. Pasar malam, beratur sebelum masuk. Lepas masuk boleh tengok sendiri berebut takut kehabisan lauk jualan. Bersilang tangan untuk membayar seperti tiada apa berlaku.

FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Inilah yang membuatkan orang anggap polisi terhadap solat berjemaah secara berjarak adalah sebagai polisi 'double standard'.

Dari pandangan masyarakat, kenapa pasaraya okay ja? Pasar malam ok ja ramai-ramai tiada penjarakan pun? Budak sekolah okay ja berkumpul sementara tunggu ibubapa ambil?

Sebab dari perbuatan masyarakat itu sendiri yang menjadikan ia dipandang dan dilihat sebagai double standard policies. Kita sendiri yang tidak mematuhinya.

15.04.2021
Achmad Noorafzam
Sedang berpuasa

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?