Syarikat Faiza Sdn Bhd menjawab soalan tentang keaslian beras basmati mereka

Beberapa hari lalu aku telah menghubungi Syarikat Faiza Sdn Bhd untuk mendapatkan kepastian berkenaan beras jenis basmati. Soalan aku, Assalamualaikum wbt, saya ingin bertanya, adakah beras basmati keluaran syarikat faiza adalah beras basmati asli atau refined basmati? Aku tambah lagi, Baik. Untuk makluman sahaja ya, pertanyaan tersebut penting kepada pesakit pre-diabetes yang bercadang untuk mencari makanan alternatif untuk kesihatan. Kerana berdasarkan dapatan dari beberapa artikel menyatakan basmati adalah baik berbanding beras yang lain untuk kesihatan. T.kasih. *Untuk makluman, aku bukanlah seorang pesakit pre-diabetes. Tetapi hanya sekadar ingin mengetahui jenis beras yang boleh dijadikan alternatif untuk aku lebih berhati-hati dalam mengkonsumsi makanan. Lalu ini jawapan ringkat daripada mereka, Beras basmathi kami adalah beras yang diimport dari Pakistan melalui PadiBeras Nasional Berhad (BERNAS). Beras yang dibeli dari pembekal kami ialah beras putih yang telah me