Keputusan darah sudah ada, aku semakin khuatir dan lebih berjaga-jaga

Hari ini aku dipanggil untuk mengambil keputusan darah yang telah siap di Permai Policlinics Jalan Gaya, Kota Kinabalu.

Minggu lalu aku telah menjalankan ujian darah dan air kencing. Selesai, aku bayar hanya RM100.00 sahaja.

Ting tong.. Dua Kosong Tiga Empat Bilik Dua.

Aku buka pintu rasa berdebar. Aku disuruh duduk oleh Doktor Ravibalan A/L Somasundram. Beliau meneliti keputusan tersebut. Aku bayar fee RM80 untuk terima consultation.

Hasil dari keputusan itu, beliau menasihatiku agar aku lebih 'menjaga mulut' untuk memilih makanan harian kerana keputusan aku seperti berikut:

Haemoglobin Test
1. MCH 27 (normal 28-34)
2. Lymphocytes 46.8 (%) (normal 20.0-45.0)

Renal Function Test
1. Acid Uric telah mencapai 0.54 (normal 0.21-0.43)

Liver Function Test
1. Aspartate Transaminase 54 (normal <34)
2. Alanine Transaminase 80 (normal 12-78)
3. Gamma-Glutamyl Transferase 81 (normal 12-73)

Lipid Profile
1. Total Cholesterol 6.4 (normal <5.2) High Risk
2. Non-HDL-Cholesterol 5.2 (normal <3.4)
3. LDL-Cholesterol 4.2 (normal <2.6) High
4. Triglycerides 2.2 (normal <1.7)

Microscopy Test
1. Bacteria - Occasional
2. Crystal - Nil (alhamdulillah)

Secara keseluruhan, aku dalam fasa berjaga-jaga.

Aku dibekalkan ubat acid uric dan perlu consume selama sebulan bermula hari ini selama sebulan (appointment pada jam8pagi 1/5/2021).


Aku juga akan menjalani ujian upper Abdomal (lebih kepada cek liver) pada 1/4/2021 jam8pagi untuk periksa samada hati ini tersakiti ataupun tidak 😁. Doktor cakap, dia akan cek jika hati aku sudah teruk atau tidak.
Apa pun, kalian doakan agar kesihatan aku semakin baik ya. Kalian semua jaga lah kesihatan terutama pemakanan.

Di sini aku share apa pemakanan yang langsung tak boleh ambil dan yang boleh diambil dalam kuantiti sedikit (60gram) bagi masalah bacaan tinggi uric acid.

Begitu juga panduan pemakanan bagi bacaan tinggi kolestrol.

Sekian,

Achmad Noorafzam
25/3/2021
Yang tersakiti

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?