Kenapa aku tidak mendapat jumlah viewer FB LIVE yang ramai sedangkan aku ingin berkongsi ilmu penting dan percuma?

Proses LIVE untuk memandaikan netizen menjadi celik sesuatu ilmu bukanlah kerja senang. Jangan samakan LIVE jual barang dengan Live 'jual ilmu (free tapi?)'.
Jangan dipaksa sehingga merasakan netizen seolah-olah tidak mahu invest masa mereka untuk belajar dengan anda.

Cuba cari statistik, mana-mana orang yang membuat live fb ketika malam, view akan lebih tinggi berbanding buat live pada waktu petang.

Walaupun view tinggi, tak sampai berapa minit view mesti akan berkurang selepas melihat isi dan cara penyampaian kita yang tidak dapat membuatkan mereka kekal menonton.
.
.

Kita tidak boleh paksa #studentA menjadi seorang #studentC untuk tonton ketika waktu mereka bekerja (office hour).

Apa perasaan anda apabila nampak staff anda yang sedang menonton LIVE FB ketika waktu bekerja? Menyirap bukan?

Sebab itulah waktu malam lebih baik untuk buat LIVE FB.

Janganlah katakan kalau mereka inginkan perubahan dalam hidup mestilah melaburkan masa mengikut waktu kita tetapkan buat LIVE lagi-lagi sebelah waktu yang tidak sesuai. Ini silap. Kita bukannya TV. Sedangkan TV sendiri ada rancangan mengikut 'kesesuaian avatar'.

Sebab nak memandaikan golongan gelandangan pun mestilah kena dengan masanya, waktunya. Jangan nak berceramah ketika mereka sedang lapar mencari makanan.
Sekian..
.
.

Tetiba teringat satu kisah viral bila seorang ibu sedang membuat Live lewat lewat malam. Jumlah tontonan daripada beberapa orang menjadi sangat ramai kerana ramai yang bersimpati. Dia tak perlu paksa pun orang tonton live sedang menjual pakaian bundle. Terharu menangis teresak-esak si ibu tu gembira. Semoga ibu tu sentiasa bersemangat.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?