Kami repeat bermalam di Friendly Homestay, Tuaran

Selesai kami menghantar barang-barang kiriman customer, tiba-tiba wife dapat mesej daripada customer.

"Hari ini tiada collect barang". Ini bermaksud, pada hari ini kami cuti untuk collect barang customer.

Kebiasaannya rutin kami, sebelah pagi sehingga tengah hari adalah kerja-kerja menghantar barang kiriman customer sekitar Tuaran, Penampang dan Kota Kinabalu.

Kebetulan kami membawa beg pakaian yang telah dikeringkan di dobi Sembulan, Kota Kinabalu. Ini menguatkan semangat untuk bermalam di Friendly Homestay.

Kenapa kami pilih Friendly Homestay? Selain harganya yang murah, kami selesa dengan suasananya.

Kali ini, kami tidak lagi membuat tempahan melalui Agoda. Kami terus direct booking di kaunter homestay tersebut.

Yay! Kami telah berjaya membuat tempahan dengan rate RM95 satu malam sahaja. Ini adalah kali ke-2 kami bermalam di sini. Bilik yang kami dapat adalah bernombor 112.

Sewaktu check-in, terus aku rasa wow! Sebab kami dapat bilik betul-betul pemandangan laut (sea-view) selain mempunyai kawasan veranda yang cukup selesa.

Kami berempat hanya memilik 2 single bed. 2 single bed ini bukan bersaiz kecil, ia adalah saiz agak besar juga. Jika katil digabung, saiz dah jadi king. Cukup memuaskan.

Seperti biasa, bilik-bilik di homestay ini tidak mempunyai TV dan peti sejuk. Hanya disediakan pemanas air dan pengering rambut sahaja.

Aku hurai sedikit keadaan dalam bilik 112. Bilik sangat selesa. Mempunyai veranda yang luas, bersih dan selesa. Dinding dan lantai ala-ala treehouse menggunakan woody design. Akhir sekali, tandas. Aku rasa tandas di homestay ini bukan custom built sebaliknya pasang siap. Ianya bersaiz kecil cukup memuatkan lelaki bersaiz XXXL. Apa pun, bagi kami sekeluarga adalah not bad but recommended.

Pada sebelah malam, kali ini kami telah dinner di restoran milik homestay ini juga. RM30 untuk setengah kilogram udang yang bagi aku ia cukup besar juga. Kemudian RM12 sayur pucuk manis. Bagi aku cukup murah dan berbaloi.

Sepanjang kami di homestay ini, semestinya aku dan wife akan warning sekerasnya anak-anak kami. Jangan sekali berbuat bising sebab bilik kami hanya bersebelahan dengan penghuni lain. Bunyi bising akan mudah didengar dari sebelah. Buktinya, dengkuran penghuni sebelah boleh didengar jelas. Haha..

Sebelah pagi sebelum check-out, aku sempat menerbangkan drone untuk capture pemandangan di situ.

Cantik bukan? Next time, aku akan datang lagi dengan nombor bilik yang sama. Aku rasa so relaxing bila berada di Friendly Homestay ini.

Anda yang belum, boleh buat tempahan awal-awal tau.

Assalamualaikum wbt,
Achmad Noorafzam
5/3/2021

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?