Galakkan anak muda berniaga dengan memberi sewaan lot kedai kita? Ini ulasan dari aku

Memetik dari postingan ini, tergerak untuk memberi sedikit ulasan peribadi.

1. "Sedih sangat kenapa tiada golongan muda yang ingin berniaga, kebanyakkan yang apply sewa hanya orang berpengalaman".

Ulasan aku:
Untuk anak muda yang mahu mula berniaga tidak perlu 'meny.ewa' untuk memulakan perniagaan pertama mereka. Wajarlah orang yang apply itu adalah yang berpengalaman bukan? Kenapa anak muda perlu belanjakan wang sewaan sebelum ada apa-apa sales sedangkan bulan pertama belum tentu ada sales? Sebelum berhasrat untuk buka kedai, pastikan ada sales dan cashflow dulu. Takkan hari ini rancang, esok menjadi. Free deposit tidak bermaksud meringankan kos penyewa. Dah masuk sewa, takkan masuk kosong. Tak buat apa-apa 'small renovation'?

2. "Galakkan orang muda khususnya bumiputera berniaga".

Ulasan aku:
Beri galakkan untuk memiliki komitmen sewa kedai untuk 'memulakan bisnes' adalah auta semata-mata. Ini kerana, anak muda yang bijak boleh mulakan bisnes hanya dari rumah. Aku ada kenalan orang bisnes juga. Dia sewa rumah kampung hanya RM500 sebulan. Dia berniaga dari rumah. Di situ dia hanya buat bisnes online. Stok boleh simpan, dia buat LIVE, dia mengantuk boleh tidur di rumah. InshAllah jika ada permintaan untuk dia perlu lebih dekat dengan customer nya barulah dia akan buka kedai katanya.

===================

Aku fikir-fikir,
kesian anak muda ditekan, dilabel sebagai insan yang tidak mengambil peluang dan mengharapkan kerja kerajaan oleh orang begini yang mengharap sewa dari anak-anak muda. Sebenarnya zaman Covid19 ni, sudah banyak anak muda aktif dengan bisnes online.

Jadi, bagi aku biarlah realistik. Kasihanilah anak muda kita yang baru buat babystep untuk berniaga. Galakkan diorang berniaga dengan ilmu terlebih dahulu. Please..

Achmad Noorafzam
13/3/2021

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?