First time aku tangkap gambar sunset tepi pantai yang cantik. Matahari nampak jelas!


Hello hello hello!

Hati banyak senang hari ini apabila aku sempat mengambil gambar 'sunset' di pantai Shabandar, Tuaran yang begitu cantik.

Serius, aku tidak pernah dapat gambar moment sebegini di mana-mana pantai termasuklah Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Entah, aku rasa gambar yang ini cantik sebab tanpa menggunakan apa-apa filter, matahari kelihatan jelas semasa terbenam. Waktu ini berlaku sangat pantas. Rasanya tak sampai 3 minit, matahari terbenam langsung tidak kelihatan.

Hehe.. tadi ada satu pasangan ni ingin membuat wedding photoshoot. Aku rasa dia ada sedikit rugi apabila dia balik awal. Sempatlah aku tengok pasangan ni bagi 'angpow' kepada photographer selepas sesi photoshoot. Cuma, dia tak ambil moment sunset macam ini. Aku bayangkan lelaki memegang pinggang dan mengangkat pasangannya di sebalik mentari sunset. Mesti nampak wow tu.

Anyway, next time mahu ke sana lagi dengan foto-foto menarik.

Jom layan sikit video pendek
Jangan lupa subscribe ya..

Achmad Noorafzam
16/3/2021

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?