Cuti satu malam di Friendly Homestay, Gayang Tuaran

Hai! Apa khabar para pembaca semua? Aku harap kamurang sihat-sihat selalu.

Hari ini aku ingin throwback satu hari percutian 1hari 1malam kami sekeluarga di Friendly Homestay, Gayang Tuaran pada 6/2/2021. Lokasinya seperti berikut:

Friendly Homestay
088-397 301

Setelah beberapa kali kami bercuti hujung minggu di hotel-hotel sekitar Kota Kinabalu, kali ini kami telah mengambil keputusan untuk bercuti di Friendly Homestay sahaja.

Okay, pertimbangan mahu bercuti di kawasan Tuaran sahaja disebabkan waktu itu aku berasa sangat malas untuk lalu roadblock di depan politeknik, selain mahu meluangkan banyak masa berehat daripada masa di jalan raya.

Maklumlah, kami bekerja bermula selepas jam12 petang sehingga tengah malam untuk kerja-kerja collect barang, bungkus dan esoknya hantar barang-barang tersebut ke kaunter kurier.

Okay done booking! First impression aku pada booking waktu itu adalah ya! Memang friendly dia punya bos. Not sure itu bos atau bukan.

Aku demand untuk check-in early. Selalunya check-in jam2 petang kan, aku pula minta check-in seawal jam11 pagi lagi. Done! Bos tu benarkan. Thanks to him.

Apa yang bestnya, aku juga ada minta untuk check-out lewat. Biasanya check-out time diorang adalah jam12 petang tapi, aku request untuk check-out jam1 petang. Sekali lagi request aku dipenuhi. Ini yang buat aku suka!

Pelik! Waktu bermalam di Friendly Homestay ini, aku rasa pelik bila kedudukan bilik kami berhadapan dengan tempat riada penghuni lain.

Maksudnya, bila kami buka cermin untuk memerhati keindahan alam terhalang disebabkan penghuni lain berada di veranda luar sebelah belakang yang sedang memancing dan masak steamboat. Bagi aku sedikit kurang privasi.

Satu perkara yang aku tak suka adalah tandasnya yang sangat kecil. Bilik yang aku tempah adalah bilik 103. Tandas bilik tu tersangatlah sempit tidak sesuai dengan aku yang bersaiz sederhana besar. Apatah lagi bagi mereka yang bersaiz XXXL. Tapi, untuk basic mandi, buang air dan isi air di cerek sudah cukup buat kami.

Sebelum terlupa, bilik di sini tiada TV. Aku tak kisah sangat pasal TV ni sebab ada telefon asalkan ada internet yang laju (mujurlah internet umobile kami laju di situ). Bagi korang yang suka kan TV, di sini bukan tempat anda. Tapi aku positif tau sebab kalau semua bilik kat situ ada TV, sudah tentu bising.

Okay, nak tulis panjang pun aku dah tak larat. Apa kata korang tengok youtube aku di Friendly Homestay.


Alang-alang dah baca sampai sini, jangan lupa subscribe youtube channel gue yah. Terima kasih 😀

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?