Aku komited turunkan berat badan kali ini
Bila ada isu kesihatan, aku betul-betul komited untuk bagi pulih semula sistem kesihatan diri.
Kalau sebelum ni, setakat kuning telur ni lenyap dari pinggan. Rasa membazir dan sayang pun ada tidak berabis untuk breakfast di hotel ni.
Sebenarnya kesihatan aku masih okay. Sebab aku selalu mengamalkan minum air dengan kuantiti yang banyak dalam sehari.
Cuma, semenjak ada warning daripada result sebelum ni, barulah aku rasa mahu 'diet' dan cuba mengamalkan makanan sihat.
Ini tujuannya untuk turunkan berat badan aku. Sebelum ni hanya 'nantilah berdiet tu'. Mujurlah warning hanya sekadar warning. Bukan kojol terus. 😁 Palis-palis.
3 hari lalu berat aku 92.5kg. Kemarin aku timbang 90.1kg. Penurunan macam ni buat aku lebih semangat.
Chayok!
No sugar! No Trans Fat!
Achmad Noorafzam
The Klagan Hotel
28/3/2021
Comments
Post a Comment