Ada orang cakap jangan asyik cakap bagi emas kepada isteri boleh buat isteri senyum. Stop it katanya. Apa kata aku?

Ayat di atas dinukilkan oleh encik Akhtar Syamir di ruangan Facebook juga dikenali sebagai BroOhsem.

Ini pendapat aku pula. Hidup berumahtangga adalah sebuah proses dalam kehidupan. Material atau layanan seperti pemberian emas, menyediakan hidangan sedap, dikurniakan anak yang comel, semua ini adalah perencah dalam kehidupan manusia.

Jika kita mahu bagi tambah sedap, bagi lah perencah yang sedap-sedap. Jadi, penulis di atas tidak perlu untuk bezakan emas dengan benda lain. Semua itu akan membuatkan kita gembira, senyum dan ketawa bersama suami isteri bukan?

Bezanya hanya perencah tu mahal atau murah. Benar emas itu mahal tetapi mahal pun emas itu, tetap membawa senyuman yang lebih lama.

Come on. Emas kan... ia sesuatu yang bernilai. Cuba bagi bunga ros kepada isteri tersayang.. rasanya senyuman yang terukir di wajah si isteri hanya sekejap sahaja. Tidak lama. Bagaimana pula hadiahkan bunga ros di saat 'salah timing'? Mesti si isteri berasa hairan.

Sebagai lelaki kan, bagilah emas.. biar si isteri gembira panjang. Beri tidak kira masa, waktu dan keadaan. si isteri akan tetap happy.

Dalam masa sama, berguna sampai ke hari tua. Senyum sampai tua. Begitu 😃

Pesanan aku kepada suami dan bakal suami, henti merokok. Kita akan jimat banyak. Berhenti merokok akan buat environment lebih sihat, keluarga lebih gembira dan boleh simpan duit untuk beli emas. 😀

Achmad Noorafzam
22/03/2021

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?