10 Perkara yang aku belajar dalam kehidupan selepas berumur 30an

Bila sudah capai umur 30an ni, aku belajar sesuatu.

1. Tidak buat kerja yang aku rasa orang akan sukakannya (dalam konteks bisnes, orang mungkin akan beli).

2. Sebaliknya, buat kerja yang aku suka buat, realistik dan profitable.

3. Bisnes? Jujur bagiku ia hanya proses menjana pendapatan yang tidak berhenti dan akan berterusan bagi setiap orang, bukanlah sesuatu yang seronok untuk dikongsikan.

4. Menimba dan berkongsi ilmu pengalaman yang seronok bagiku.

5. Berkongsi rezeki dengan orang yang 'dekat' dengan kita (semampunya). Giving back.

6. Kesihatan? Sudah tentu penting. Pagi ni buat medical checkup.

7. Ibadah itu kan mesti.

8. Siapkan pembinaan rumah secepat mungkin.

9. Melancong dekat atau jauh. Biar di kawasan dekat-dekat asalkan keluar dari tempat kerja.

10. Berkira masa. Kalau tidak, mesti rasa lebih cepat masa berlalu.

Nota hidup
Achmad Noorafzam
18/3/2021

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?