Permohonan i-Sinar KWSP Dibuka. Bagaimana daftar i-Sinar?

Permohonan dan pendaftaran i-Sinar boleh dibuat hanya melalui i-Sinar Online bermula hari ini selama 6 bulan sehingga 30 Jun 2021.

Bagi yang tiada i-Akaun atau bermasalah untuk log masuk, berikut cara-cara daftar i-Sinar KWSP.
1. Layari i-Sinar Online
2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
3. Masukkan Nombor Telefon Bimbit anda yang aktif.
4. Klik butang Teruskan.
5. Seterusnya, untuk memastikan anda adalah pemilik sebenar akaun KWSP, sistem akan bertanya soalan berdasarkan aktiviti anda dengan KWSP. Soalan ini perlu dijawab dengan tepat. Silakan jawab jika anda rasa ia tepat untuk diri anda.
6. Sekiranya sistem tidak berjaya memastikan anda adalah pemilik akaun, sistem akan memberikan percubaan kali ke-2.
7. Sekiranya berjaya disahkan, anda akan lihat pada skrin amaun total yang anda layak keluarkan. Pilih amaun pengeluaran yang anda mahukan.
8. Anda dikehendaki untuk mengemaskini maklumat akaun bank. Pastikan akaun bank yang diisi adalah aktif.

Akhir sekali, jangan lupa menekan butang CETAK & SIMPAN untuk rujukan masa akan datang.

Permohonan ini sangat mudah, dan pastikan anda mengisi dengan tepat dan benar.

Permohonan i-Sinar kategori 1 mula hari ini. 

Permohonan kategori 2 hanya bermula 11 Januari 2021.

Kategori 1:
Ahli bekerja sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah, diberi notis cuti tanpa gaji.

Kriteria Kategori 1:

Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan 

ATAU

Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan GAJI POKOK sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.

Bagi Kategori 1:
- Tiada dokumen sokongan diperlukan
- Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP

Comments

  1. kenapa sya tidak lulus, sedangkan kami sekarang terkurung, lagi pun tu bukan duit orang lain, tu duit saya sendiri, apa masalahnya? tidak bodoh ka fikiran kamu ni?

    ReplyDelete
  2. saya tidak tau la apa dalam otak kamu ni aduiii.. mau makan duit rakyat kah??

    ReplyDelete
  3. bagus tutup saja kwsp tu, apa juga guna bulan2 simpan kalau tidak dapat kasih keluar juga, bodoh la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, cuba kita rujuk dengan KWSP. Hairan juga kenapa kamu tidak lulus i-Sinar.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bagaimana daftar program SAVE 2.0 rebat RM200 SHOPEE?

Bagaimana cara daftar i-Sinar KWSP?